UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




DIALOG : KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ VS MAHATHIR MOHD.

Bayangkan sekiranya Khalifah Umar Abdul Aziz ,(KUAA) seorang khalifah kerajaan Bani Umaiyah yang terkenal dengan keadilannya memerintah berlandas hukum - hukum Islam hidup di zaman ini dan menguasai sebuah empayar yang besar di mana Malaysia di bawah pimpinan Mahathir Mohd (MM) adalah sebahagian daripada negeri yang bernaung di bawah pemerintahannya.

Tatkala Mahathir Mohd mengisytiharkan bahawa Malaysia adalah sebuah Negara Islam Moden yang pemerintahannya berlandaskan hukum Islam.

Maka Khalifah Umar Abdul Aziz pun menghantar utusan kepada Mahathir , mengarahkannya mengadap Khalifah di Istananya di Damsyek.

Sesampainya Mahathir di sana dan terus mengadap Khalifah Umar Abdul Aziz, maka antara butir perbicaraan mereka adalah seperti berikut :

KUAA : Selamat datang wahai PM MM ke Istana beta yang sederhana ini .

MM : Terima Kasih Tuanku. Berapakah harga membina Istana Tuanku ini kalau tidak menjadi keberatan bagi Tuanku patek bertanya ?

KUAA: Ohh !!! sangat mahal harganya tidak layak dengan kedudukkan beta sebagai Khalifah lebih daripada RM 10 juta. Terlalu tinggi harganya !!!!

MM : Ohh… itu tidak mahal tuanku dengan kedudukan Tuanku sebagai Khalifah yang memerintah Empayar Islam dari Afrika sampai ke Timur jauh itu tidak mahal…. Istana Patek di Putrajaya pun berharga lebih RM 200 juta.

KUAA : Tidak mengapalah PM MM dengan apa anda datang kemari ?

MM : Patek datang kemari dengan menaiki jet peribadi patek yang berharga lebih daripada RM 200 juta .

KUAA : Wah !!! hebat kenderaan kamu PM MM beta hanya menunggang Unta dan kuda sahaja untuk bergerak. Nampaknya kamu gemar dengan angka dua ?

MM : Benar Tuanku … malah patek percaya angka 2 itu selalu memberikan tuah kepada patek walau pun Ulama di negeri patek kata menilik nasib itu adalah syirik tapi patek masih percaya kepada tuah angka 2 itu kepada patek. Sebab telah terbukti patek adakan pilihanraya Umum yang lalu pun berpandukan angka 2 . 29 hb. Nov. 1 + 1 =2 dan 2 + 9 = 11 ,1 + 1 = 2 juga Tuanku.

KUAA : Jadi kamu percaya kepada bertenung nasib PM MM ?

MM : Benar Tuanku dan telah terbukti kebenarannya ..

KUAA : Tapi kamu baru sahaja mengisytiharkan Malaysia sebagai Negara Islam …. Tahukah kamu wahai MM yang bertenung nasib dan berjudi itu adalah salah satu dari tujuh kesalahan besar di sisi Allah MM ?

MM : Orang besar patek bekas Ketua Polis Negara patek mendakwa .. tidak jumpa ayat melarang berjudi dalam Al-Quran …. Tuanku !!! Sebab itulah walau pun kami ada pusat perjudian terbesar di Asia Tenggara ini di Genting Highland, nama tempatnya tuanku . Oleh kerana pengarahnya tidak jumpa ayat yang melarang berjudi dalam Al-Quran maka Malaysia bolehlah diistiharkan sebagai Negara Islam.

KUAA : Oh… begitu helah kamu ya MM , …. Siapa pula di sebelah kamu itu wahai MM ?

MM : Perkenalkan ini isteri patek Asmah namanya dan di sebelah sana pula Timbalan Patek Dollah Badwi dan Isterinya Hendon .

KUAA : Wahai MM kamu sebagai seorang ketua negara Islam , mempamerkan Isterimu di hadapan beta tanpa menutup aurat ???? dan Timbalan kamu juga membawa isterinya tanpa menutup aurat ?? Kamu pula mendakwa Malaysia sebagai sebuah Negara Islam ????

MM : Benar tuanku … soal menutup aurat itu adalah hak seseorang itu , kalau seseorang itu menutup aurat pun tidak bermakna yang dia tidak melakukan maksiat tuanku dan yang tidak menutup aurat itu juga tidak bermakna dia melakukan maksiat tuanku….sebab itulah negara Islam patek tidak mewajibkan mereka menutup aurat tuanku…. Lagi pun Isteri patek ini hanya memakai wig tuanku bukannya rambut betul…….

KUAA : Wahai Dollah Badawi isteri kamu Hendon mengingatkan beta kepada peristiwa Perang Uhud . Perempuan yang memamah dan cuba menelan hempedu Saidina Hamzah r.a. Hendun juga namanya .

Dollah Badawai : aaa…….????????????????

KUAA : Wahai.. Dollah kamu cucu seorang Ulama terkenal di negeri kamu apa kamu tidak tahu perbuatan isteri kamu menyalahi hukum Islam dan kamu tidak menasihatkan MM ini tentang hukum Islam ????

Dollah Bad. : Benar tuanku malah datuk patek adalah antara pengasas Parti Islam Se-Malaysia Tuanku. Tetapi patek tidak menyokong mereka kerana MM kata mereka ini Militan walaupun patek tahu itu yang sebaliknya. Tapi tuanku patek hanya menurut perintah MM tak boleh di tegur tuanku….nanti patek akan menerima nasib yang sama dengan Anwar Ibrahim……..

Dollah Bad. : Memang menjadi dasar patek untuk menurut perintah ketua patek secara membabi- buta tuanku… sebab itu dulu ketua patek Samad Idris suruh patek jadi bendahari Nasrul Haq sebuah pertubuhan yang diistiharkan sebagai ajaran sesat pun patek terima juga tuanku….

MM : Tuanku… tentang penasihat itu sebenarnya patek telah pun mempunyai penasihat hal-ehwal Islam ..Hamman namanya.. tuanku ..

KUAA : Apa ?? Hamman yang serupa macam di zaman Firaun itu ?

MM : Bukan begitu sepenuhnya tuanku tetapi adalah sedikit persamaannya .. Patek pun suka di gelar Mahafiraun… maka penasihat patek tentulah Haman gelarannya…. Sekarang ini adalagi satu gelaran untuk patek………… MAHAFRAKAUN gelaran diberi…kununnya lebih hebat dari Mahafiraun tuanku..

KUAA : MM dan Dollah beta lihat pakaian kamu seperti tidak melambangkan kamu sebagai pemimpin sebuah Negara Islam .

MM : Sebenarnya tuanku zaman Rasullullah dulu tidak ada Gillete untuk cukur janggut pasal itulah Nabi dan para sahabatnya tidak cukur janggut kalau ada Gillete pasti Nabi pun berpakaian seperti kami ini tuanku ……

Dollah Bad. : Benar sebagaimana yang dikatakan oleh Boss saya MM tu tuanku…..

KUAA : Bukankah mengikut perbuatan Nabi Muhammad saw itu adalah satu sunah… ???

MM : Si Haman yang menjadi penasihat patek tak kata apa pun mengenainya tuanku… malah dia bertepuk tangan bila patek sebutkan pasal janggut Nabi itu tuanku…..

Dollah Bad. : Benar tuanku malah bila rakan kami Sammy Vellu berkata Al-Quran boleh bikin lebuhraya ka ??? pun Haman sengih saja bila ahli-ahli Umno kami tepuk tangan tuanku….

KUAA : ??????!!!!!??????? ………. Ini kah yang kamu katakan Negara kamu ini Negara Islam wahai MM dan Dollah Bad. ???

Wallahhuaklam………….

Dialog ini terhenti di sini kerana Khalifah Umar Abdul Aziz amat murka … dan menghentikan perbualan mereka setakat itu sahaja……

Article ini hanya rekaan semata-mata ………….tetapi…………….

Sham Abadi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com