UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Indera Kayangan : Masih Wujudkah Pengundi Hantu ?

Indera Kayangan bakal menjadi medan pertempuran antara BN dan BA seterusnya sementara edah untuk mengadakan pilihanraya kecil jika berlaku kekosongan masih ada sehingga penghujung 2002 ini.

Inilah masa yang sesuai untuk pengundi menghantar mesej yang jelas kepada Mahathir dan kuncu-kuncunya tentang isu-isu semasa yang sedang melanda negara kita. Undi kepada BA dan seterusnya menumpaskan BN memberi kesan yang amat ditakuti oleh Mahathir dan Shahidan Kassim . Agar memberi peringatan kepada mereka bahawa mandat yang diberikan untuk mentadbir Malaysia amnya dan Negeri Perlis khasnya bukanlah dalam bentuk"Blank Cheque" yang mana boleh mereka gunakan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira kebajikan dan perasaan rakyat.

Bersama mandat itu tersedia amanah dan tanggung jawab untuk memaju dan membela rakyat. Tetapi kini apakah pembelaan terhadap rakyat yang dilakukan oleh BN ? Jawapannya TIADA kalau ada pun bersama jerat yang terpasang. Laksana Telunjuk lurus kelingking berkait.

Kenaikan 10 % gaji kakitangan kerajaan di neutralisekan dengan kenaikan kadar indeks inflasi dengan kenaikan harga minyak petrol dan kadar toll yang mana semua barang keperluan harian di angkut menggunakan pengangkutan yang memerlukan petrol dan perlu membayar toll , pastilah harga barangan pun meningkat naik, jadi apalah nikmat kenaikan gaji 10% itu dapat dinikmati oleh kakitangan kerajaan ? Wal hasil balik asal. Tetapi bagi rakyat yang bukan daripada golongan peniaga dan kakitangan kerajaan !!!!!!! terpaksa menanggung beban yang bertambah………….

Jadi kakitangan kerajaan yang bakal mengundi di Indera kayangan penulis menyeru agar jangan mudah terpedaya , hanya dengan mendapat habuan kenaikan 10 % kita lupa tentang ketidakadilan sistem perundangan, ISA, penyalah gunaan institusi kerajaan seperti polis, kehakiman, Peguam Negara, Ugutan ke atas penerbit media, penyelewengan kuasa oleh elit pemerintah, rasuah yang berleluasa dan bermacam-macam lagi kebobrokan dan kepincangan yang terdapat dalam kerajaan pimpinan BN ini. Gunakan kesempatan yang ada ini untuk menyatakan protes kita…………….

Pembangunan tidak boleh menjadi bahan ugutan BN lagi kerana Indera Kayangan adalah Bandar Kangar . BN tidak mampu untuk tidak membangunkan Kangar.

Isu terbesar yang menghantui orang Melayu mutakhir ini adalah meritokrasi. Penulis telah menulis beberapa article tentang meritokrasi ini. Meritokrasi adalah sistem baru kemasukkan ke IPTA yang mengikut merit dengan mengetepikan sistem yang telah teruji selama ini iaitu sistem kuota.

Ada pun sistem kuota ini telah menjamin kemasukan anak Melayu yang berkelayakan ke IPTA tetapi sistem meritokrasi langsung tidak memberi jaminan kemasukan ke IPTA untuk anak-anak Melayu kampung yang jauh ketinggalan dari segi kemudahan fizikal untuk bersaing dengan anak - anak bukan Melayu yang berada di bandar-bandar besar yang mempunyai segala bentuk kemudahan pendidikan.

Umno dikatakan kononnnya membela nasib bangsa Melayu : Itu adalah yang mereka dakwakan selama ini. Tetapi cuba kita lihat BIASISWA adalah antara komponen yang terdapat dalam perlembagaan persekutuan di bawah tajuk keistimewaan Melayu. JELAS DENGAN JELAS SEJELAS JELASNYA bahawa biasiswa itu adalah antara hak keistimewaan Melayu tetapi kenapa Mahathir sanggup menghapuskannya ? dan Umno mendabik dada sebagai pembela ketuanan Melayu ???????

Tanah Melayu tergadai kepada korporat Kroni ……… apakah Umno membela nasib Melayu ? Apabila kroni yang merampas tanah Melayu itu mengalami kerugian besar Mahathir menggunakan wang rakyat untuk "bail out" kroni tersebut sedangkan tanah Melayu terus tergadai dan perampok yang merompak terus dibela . UMNO bela Melayu ??????

Kalau setakat nak menghulur bantuan kepada mangsa banjir dengan memberikan beras, tepung, gula dan lain-lain atau menyediakan majlis berbuka puasa saban hari menjelang pilhanraya kecil Indera Kayangan …. itulah nak dikatakan membela nasib Melayu …. Maka begitu rendah sekalilah martabat orang Melayu pada pandangan UMNO /BN ini. Selayaknyalah Bangsa Melayu dibumi Melayu ini menjadi pengemis di Bumi sendiri gara-gara menyokong Umno/BN dan yang mengaut segala kekayaan di bumi ini adalah kroni pemerintah dan tauke-tauke MCA yang sentiasa tidak takut untuk mencurahkan berbillion RM untuk sesuatu projek kerana mereka tahu jika rugi mereka bakal diselamatkan oleh Umno/ BN menggunakan wang rakyat ….

Kalau menjadi pengemis di bumi sendiri dan mengiakan martabat kita pada pandangan Umno/BN itulah yang dikehendaki oleh para pengundi Indera Kayangan teruslah menyokong BN . Kerana Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan mereka yang bertindak mengubahnya sendiri….

Jadi kepada pengundi Indera Kayangan penulis mengajak marilah kita sama-sama berganding bahu tanpa mengira apa jua keturunan dan kaum . Kita sama-sama turun mengundi memenangkan calon BA untuk memberi pengajaran kepada Umno/BN agar sentiasa akur bahawa rakyat adalah hakim negara yang sentiasa menilai tahap perkhidmatan BN…..

Undilah calon BA …….

Allahuakbar 3x …..Reformasi….3x.

Reformis keADILan,

Sham Abadi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com