UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




JALAN-JALAN HARI RAYA

Lebih dahulu Kakek mengucapkan Selamat Hari Raya,maaf lahir batin kepada semua pembaca.

Alhamdulillah,Hari Raya Aidil Fitri tahun ini, 1422 Hijrah,Kakek berkesempatan berkunjung ke banyak tempat dan dikunjungi ramai sanak saudara dan sahabat handai.

Pastinyalah dalam pertemuan dan kunjung mengunjung itu berbagai cerita,berita dan maklumat diperolehi oleh Kakek.Antaranya adalah:

1. PAK TOYO ERODIKROMO KAYA MENDADAK.

Kakek dan teman-teman sempat berkunjung kerumah Hj.Toyo di Parit 2 Sg.Burung,Tg.Karang.Waauu!.Rumah Hj.Toyo bukan rumah sebelum tahun 2000. Jika dulu rumah Hj.Toyo adalah rumah kayu yang usang tetapi kini telah bertukar wajah. Kini rumah banglo setingkat serta halaman yang luas dan terpacak beberapa tiang bendera dihalaman rumah.Adalah dianggarkan Rumah Hj.Toyo melebihi RM 100,000.00.

Pada kunjungan Hari Raya itu kami diberikan tiap orang sehelai kain pelikat atau kain batik mengikut jeNis jantina. Kanak-kanak pula diberikan duit rayaaa.

Kakek difahamkan bahawa semua pengunjung ke rumah Hj.Toyo akan mendapat sehelai kain batik atau pelikat. Sampai bila Kakek kurang periksa.

Sungguh banyak duit Hj.Toyo pada tahun ini.Selain bina rumah lebih RM 100,000.00, Hj.Toyo juga mampu memberikan kain batik dan pelikat kepada pengunjung rumahnya.

Disamping itu,sebelum bulan Ramadhan Hj.Toyo,isteri,anak-anak dan sahabat handai bercuti ke Indonesia beberapa hari. Mencari saudara mara di Indonesia yang sudah lama tidak dikunjungi,khabarnya.

Dan pada awal Ramadhan emak,abang dan kakak MB Selangor yang penuh sensasi itu mengerjakan umrah.

Dihitung-hitung,bina rumah,duit raya,ke Indonesia,umrah dan lain-lain,banyak sungguh duit keluarga Hj.Toyo sejak Dr.Khir Toyo menjadi MB Selangor dan bagi projek jalan Sekincan - Sg.Panjang dan bagi tanah kepada kroni di Shah Alam dan K.Langat.

Kaya sungguh Hj Toyo (OKB)sekarang ini.

2. ADIK MB TAK LULUS SPM PAKAI KERETA WAJA.

Salah seorang adik MB Selangor sekarang sedang belajar di Inspen. Teman-teman sekelas memang meluat melihat ragam adik MB. Telipon tangan saling berganti dan terakhir ia berlagak dengan kereta WAJA yang diberikan oleh abangnya.(Hadiah daripada taukeh Cina)

3. DR.KHIR TOYO TAKUT JUMPA PENGUNDI DIMASJID

Menjadi kebiasaan masjid pekan Tg.Karang memberikan bantuan anak yatim pada bulan Ramadhan. Dr.Khir Toyo telah berjanji akan hadir untuk menyampaikan bantuan tersebut.Tob-tob pada hari dan masa yang dijanjikan,Khir Toyo tidak datang sebab takut kepada AJK ahli jemaah masjid .Ia takut datang sebab ada ura-ura ahli jemaah masjid akan tanya Khir Toyo sama ada wartawan Lutfi yang buat fitnah atau memang benar Khir Toyo melakukan rasuah.

Rupa-rupanya takut juga Khir Toyo berbohong dalam masjid.Berani kerana benar,takut kerana salah.

4. DR.KARIM MANSOR MENGHILANG

Setpol MB,Dr.Karim Mansor yang sekarang memandu kereta Mercedes paling mahal tetapi pada Hari Raya ini ia menghilangkan diri.Ramai ahli Umno dan tidak Umno serta sanak saudara ingin berhari raya tetapi Dr.Karim hilang.

Ada juga khabar yang mengatakan ia meminta nasihat dari ahli keluarga tetang kes projek jalan dan tanah bersama MB Selangor. Tetapi ahli keluarga mengatakan berani buat berani tanggung.Tolong jangan libatkan ahli keluarga lain.Dr.Karaim bengang.

,b>5. DAPAT 50 EKAR TANAH KERANA TOLONG BAYAR DEPOSIT TEN

Seorang doktor,Dr.AM ,teman baik Dr.Karim telah mendapat tanah 50 ekar di Shah Alam. Apabila ditanya dia tak mengaku. Tetapi sebelum ia mendapat tanah 50 ekar,Dr.A pernah bercerita bahawa ia pernah menolong Khir Toyo bayar duit deposit TEN berjumlah lebih RM 1000.00 disalah sebuah rumah yang baru dibeli oleh Khir Toyo beberapa bulan selepas menjadi ADUN Sg.Panjang.Untunglah kau Dr.A.

6. TAUKEH PUA BANYAK BAGI DUIT PADA KHIR TOYO.

Taukeh Cina Sekincan,Pua serta anak-anak banyak membantu Khir Toyo dalam kempen pilihan raya lepas. Orang tengah nya adalah SB polis Cina Sekincan.Hasil pertolongan tersebut telah menjadkan Pua Kim An dapat projek jalan di Sekincan dan Pua Kim Seng dapat tanah balak di Pansun ,Ulu Langat seluas 1,200 ekar. Khabarnya balak itu akan dijual kepada taukeh balak dari Johor dengan harga lebih RM 7 juta.

7. RADZAH ENGINEERING SDN BHD

Radzah Engineering Sdn Bhd. telah mendapat kontrak kerja buat jalan 9.3 Km bernilai 32.5 juta dari Khir Toyo. Radzah adalah kontraktor kelas B.Radzah dan kroni Khir Toyo telah mendapat untung bersih lebih RM 14 juta hasil dari projek tersebut sebab kerja-kerja telah dilakukan oleh Ehsan Jaya dengan harga RM 18 juta. Ehsan Jaya adalah dimiliki oleh “Mata seng” bekas SB polis Cina di Tg.Karang.

Berita lain akan menyusul.

KAKEK






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com