UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bijaksanakah Lutfi Buat Aduan Kepada BPR dan Percaya Mahathir Akan Ambil Tindakan Kepada Perasuah Khir Toyo?

Oleh AHMAD MUJAHID, Shah Alam

Sesekali saya terfikir, apakah bijaksana Ahmad Lutfi menghabiskan banyak masa berharganya untuk mencari bukti bagi membuat aduan kepada BPR tentang amalan rasuah Khir Toyo?

Mengapa perlu kita buat aduan kepada BPR, yang kita sudah tahu sejak sekian lama, akan mendapatkan restu Perdana Menteri terlebih dahulu sebelum sesuatu kes mengenai orang besar Umno disiasat.

Nak siasat Khir pun perlu dapat persetujuan PM. Lutfi sudah lebih lima kali ke BPR tetapi bagaimana dengan MB Selangor? Saya tak pernah dengar atau baca berita yang Khir Toyo dipanggil untuk beri kenyataan kepada BPR.

Untuk mengetahui apa sikap PM terhadap Khir bukannya payah. Mahathir mempunyai ego yang tinggi, yang tidak akan tunduk dengan tekanan orang lain, apatah lagi daripada penulis seperti Lutfi.

Khir dipilih oleh Mahathir. Umno Selangor tidak pernah cadangkan nama Khir kepada Mahathir. Dan pemangku Raja Selangor ketika itu pun (Ogos 2001) tak pernah dengar nama Khir. Jadi, Mahathir adalah orang paling bertanggungjawab ke atas apa yang buruk yang dilakukan oleh Khir.

Demi menjaga maruah dirinya, Mahathir tidak akan mudah mengaku kalah bahawa pilihannya (Khir Toyo) adalah pilihan yang salah. Kalau betul Khir rasuah -- dan saya yakin memang betul dia rasuah berdasarkan bukti-bukti yang dibawa oleh Lutfi -- Mahathir akan memperalatkan kes rasuah Khir itu untuk mengikat hidungnya.

Jadi, selepas ini apa saja yang dimahukan oleh Mahathir pasti akan dipatuhi oleh Khir. Dan inilah yang dikehendaki oleh Mahathir kepada setiap menteri-menteri di bawahnya.

Oleh itu, kepada Lutfi, kalaupun Sdr mempunyai banyak lagi bukti tentang rasuah Khir Toyo atau mana-mana menteri lain pula, gunakanlah saluran politik untuk mendedahkan kes rasuah itu. Tidak perlu lagi percaya kepada sistem kerajaan BN, buat penat saja, dan habis masa yang cukup berharga itu.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com