UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Lagi cerita mengenai Shahidan Kasim

Apabila saya membaca artikel mengenai DS Shahidan Kasim, saya teringat akan cerita kawan saya yang bekerja dengan

Konsortium Perkapalan yang dikuasai anak Perdana Mentari, Mokhzani. Sebelum kegawatan ekonomi 1997, Syarikat tersebut ingin membina satu mariner di Pulau Ketam, Kuala Perlis di mana jika projek tersebut dilaksanakan, beratus orang terpaksa berpindah. Didalam satu mensyuarat antara syarikat tersebut dengan pihak kerajaan negeri, DS Shahidan Kasim telah dengan terang-terangnya meminta 10% dari nilai projek tersebut diberikan kepadanya. Wang tersebut hendaklah dimasukkan didalam akaun adik beliau yang kalah kepada ustz. Hasim Jasin didalam pilihanraya kecil parlimen Arau. Bayangkan syarikat milik anak perdana menteri sendiri beliau boleh meminta 10%, syarikat lain lagilah...

Semua orang di Perlis sudah tahu beliau digelar 10% man termasuk orang -orang UMNO. Sebab itu semasa unit risik ATM membuat risikan pada bulan Ogos tahun 1999, adalah didapati bahawa sekurang-kurangnya 1 kawasan Parlimen akan jatuh ke tangan pembangkang. Ini adalah kerana orang-orang UMNO sendiri ingin mengajar beliau. Tetapi mungkin berdasarkan maklumat ini, beliau cuba mengambil kembali orang-orang UMNO ini atau disebabkan oleh undi hantu, ketiga-tiga kawasan parlimen jatuh ketangan BN.

Kisah beliau memikat Jasmin Hamid menjadi bualan di Perlis serta kisah beliau pergi ke London bersama Erra Fazira (dikatakan ini menyebabkan Erra putus tunang dengan Awie) juga pernah menjadi bualan ramai di Perlis. Beliau juga pernah mengorat pegawai gaji di kem Oran sampai menyuruh land-rover tentera balik dulu, dia nak hantaq pegawai tersebut balik. BN masih bertahan di Perlis kerana orang BN mengundi BN kerana BN , bukan kerana Shahidan Kasim serta dikatakan kerana adanya undi hantu oleh orang Myanmar dan orang satun (setui) (mereka mempunyai saudara dengan orang Kuala Perlis, dan dikatakan masa pilihanraya 1999, mereka menunjukkan kad pengenalan biru serta RM50 yang mereka dapat untuk mengundi BN kepada adik beradik mereka di Kuala Perlis).

Dikatakan juga bahawa dalam pilihanraya 1999, BA sepatutnya sudah memenangi 8 kawasan DUN dan boleh membentuk kerajaan negeri. Oleh itu saya merasakan bahawa apa yang dikatakan didalam artikel tersebut terdapat jugak kebenarannya... mungkin kes-kes yang disebutkan tersebut agak kabur akan kebenarannya.

Anak perelih






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com