UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Do Re Me

Oleh: AKUPUNYA

Memang benarlah jika ditanya kepada orang yang suka menipu atau loyar buruk dan kaki “roundabout” akan mengatakan orang lain yang sebetulnya begitu bukannya dirinya. Dirinya cukup sempurna dan terhindar dari sifat-sifat tersebut. Adegan ini samalah macam cerita DO RE ME yang datang interview kerja. Bila tukang interview tu kata baru sekejap dia reject orang yg semacam itu tetapi aksi ME jauh leebih hebat dari itu. Agaknya inilah skrip yang dipakai oleh PieM kita selaku orang yang cukup meminati cerita-ceriti P.Ramlee.

Dakwaan Menteri Besar Perlis Tan Sri Shahidan Kasim terhadap pemimpin pemuda KeADILan, Zahid Md.Arif kerana menyerang peribadi dengan mengaitkan anaknya yang sudah mati dalam kempen pilihanraya dinafikan keras oleh Naib Ketua Pemuda Parti Keadilan Nasional (KeADILan) itu.

Menurut Zahid, tuduhan beliau mengatakan 'padan muka' kepada Shahidan Kasim kerana anaknya mati jatuh dari sebuah kondominium di Kuala Lumpur dalam ceramah beliau di Pejabat Pergerakan KeADILan Kangar pada malam 9 Januari 2001 adalah tidak benar sama sekali.

"Saya tidak pernah mencela anaknya kerana anaknya tidak berdosa dan baru berumur tiga tahun malahan dia adalah ahli syurga. Saya hanya melahirkan rasa dukacita kerana kematian anaknya dan mengucapkan takziah kepada beliau.

"Cuma saya minta supaya Shahidan berfikir kesedihan yang dirasakan olehnya akibat kehilangan anaknya samalah seperti rasa sedih yang dirasakan oleh bapa Anuar Ibrahim apabila anaknya dimasukkan kedalam penjara, "tegas Zahid.

Dakwaan ini dikuatkan lagi dengan penglibatan sutradaranya sendiri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dengan menganggap tindakan pembangkang menggunakan isu kematian anak Menteri Besar Perlis dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan, sebagai satu tindakan kasar.

Perdana Menteri berkata, mereka langsung tidak mengambil kira perasaan kesedihan orang yang kehilangan anak dan seolah-olah orang Parti Keadilan Nasional (Keadilan) tidak pernah menghadapi kematian ahli keluarga.

Sekarang sudah terang lagi bersuluh pihak manakah yang suka membuat fitnah, mengada-ngadakan cerita, memutar-belit dan mengelirukan isu. Tapi apa boleh buat mereka ada "lesen" untuk membuat itu semua.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com