UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Negara Islam ala UMNO...ala BN

oleh: AKUPUNYA

Dalam buku terbitan UMNO mengenai Negara Islam yang disebarkan kepada masyarakat Malaysia pada akhir tahun lalu, UMNO mengganggap bahawa orang bukan Islam di Malaysia ini boleh dibahagikan kepada dua kumpulan: zimmi dan harbi.

Ini bermakna, warga Malaysia di dalam Negara Islam ala-UMNO alias ala-BN ini dibahagikan kepada 3 kelas: kelas 1 = orang Islam, kelas 2 = kafir zimmi, kelas 3+ kafir harbi.

MCA, MIC, dan DAP nampaknya bersetuju dengan konsep Negara Islam ala-UMNO dan ala-BN ini. Dan mereka suka menjadi kelas kedua dan kelas ketiga.

PAS tidak bersetuju dan menyatakan bahawa dalam konteks Malaysia, tidak ada zimmi dan tidak ada harbi. Konsep zimmi dan harbi hanya wujud apabila sesebuah negara Islam menawan dan menjajah sebuah wilayah atau negera yang dikuasai oleh pemerintah bukan Islam. Oleh itu dalam konteks, negara Malaysia persoalan zimmi dan harbi tidak timbul. Dalam negara Islam Madinah juga tidak ada zimmi dan harbi. Dalam urutan sejarah Islam, zimmi dan harbi hanya timbul selepas daripada peristiwa pembukaan kota Mekah. Inilah contoh kefahaman Islam pimpinan UMNO dan penasihat-penasihatnya.

Kini MCA, MIC dan DAP tercengang. Rupa-rupanya PAS lebih adil dari UMNO. Tapi oleh kerana sikap ego mereka, mereka lebih suka kepada negara Islam yang liberal seperti yang dicanangkan oleh UMNO. Kini UMNO telah menarik balik buku tersebut kerana UMNO memahami ketidaktepatan fahaman mereka mengenai negara Islam walaupun mereka ada Institut Kefahaman Islam.

Sekali lagi MCA, MIC dan DAP melopong, tak tahu nak berikan reaksi terhadap tindakan UMNO menarik buku tersebut. Buku versi jawi telahpun tersebar di kampung-kampung. Sementara MCA pula berkempen di Perlis di setiap rumah orang Cina dan MIC di rumah-rumah orang India bahawa kalau PAS perintah Malaysia, patung Tuhan mereka akan dihancurkan. Tetapi bila Keadilan meletakkan calon Cina di Indera Kayangan, mereka melopoong lagi sekali.

Inilah gara-gara UMNO nak berkuasa. Kalau mereka kalah, periuk nasi mereka iaitu projek-projek kroni mereka juga akan pupus.

Mengapa perkara ini berlaku? Mana tidaknya, mereka dinasihat oleh ulamak-ulamak mereka yang berkelulusan bahasa Arab, kesusasteraan bahasa Arab, dan linguastik Arab dan bukannya berkelulusan Usuluddin, Syariah,Hadith, Quran, Seerah, atau Dakwah. Jadi, sebab itu mereka menghasilkan sebuah buku yang menjerat leher mereka sendiri. Apabila PAS mengajak mereka bermuzzakarah, mereka menolak dan cuba menunjuk pandai. Kini mereka harus merasa malu tak terkira, melainkan mereka tidak faham apa makna malu dan maruah.

Mereka menolak hudud sebab mereka dinasihat oleh pakar-pakar bahasa dan bukannya pakar usuluddin dan pakar undang-udang syariah sedangkan YAB Menteri Besar Kelantan berkelulusan sarjana undang-undang atau syariah, Dato' Presiden PAS juga berkelulusan sarjana undang-undang, YAB Menteri Besar Kelantan berkelulusan sarjana Sains Politik, dan ramai lagi pimpinan PAS mempunyai PhD dan Masters dalam bidang Tafseer Quran, Tafsir Hadith, Philosophy atau Usuludin, Undang-Undang atau Syariah, Seerah atau Sejarah dan Tammadun Islam, dan Dakwah serta Kepimpinan. Kedegilan UMNO menolak ajakan PAS dan tidak mahu bermuzzakarah sebenarnya menunjukkan tembelang mereka sendiri dengan terbitnya buku Konsep Negara Islam ala-UMNO dan ala-BN itu. Bukan itu sahaja, malah buku ini meracuni pemikiran orang Islam yang pro UMNO dan BN dan pemikiran orang bukan Islam. Silap-silap, buku itu boleh "menyesatkan" orang lain. Tapi apa nak buat, itulah pilihan orang Melayu yang pro-UMNO dan pilihan orang bukan Islam yang menolak PAS.

UMNO-BN terus menghujani BA dengan fitnah setiap hari! Biarlah mereka berbuat demikian. Mereka ada kuasa untuk menyeleweng.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com