UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penjajahan akan bermula

Oleh: AKUPUNYA

Berita tentang Amerika ingin meletakkan tenteranya di negara-negara yang dikatakan ada kaitannya dengan Al-Qaeda sebagai usaha untuk membanteras "pengganas." Sesungguhnya bagi mereka pengganas ialah orang yang pro-Islamic group. UMNO-BN yang sedang mengganas di Indera Kayangan sekarang dengan memecahkan 5 kereta BA termasuk kereta Dato Presiden PAS dan Raja Komando serta 150 orang UMNO memukul EXCO Pemuda Keadilan dianggap sebagai bukan aktiviti ganas.

Sejarah negara ini dijual akan berulang sepertimana Sultan Abdullah, raja Perak satu masa dulu yang memanggil tentera British ke Tanah Melayu pada tahun 1874 kerana mahukan perlindungan ketika beliau sedang cuba berebut kuasa dan mempertahankan kuasa untuk menjadi raja Perak. Yang akhirnya British datang dan mengambilalih Perak dengan menjadikan Sultan Abdullah sebagai boneka. Paling rugi ialah rakyat dan umat Islam ketika itu hinggalah sampai ke hari ini.

Mereka bukan sahaja menjajah negara malahan menjajah minda kita yang sehingga kini masih tidak dapat 'terkeluar' daripada 'sangkar berduri' ini. Minda kita telah terjajah sedari kejatuhan Kerajaan Kesultanan Melayu (Islam) Melaka ke tangan Portugis angkara 'Si Kitol'sehinggalah merdeka pada zahirnya (1957) walhal hakikatnya sehingga kini kita masih diselubungi "selimut penjajah".

Sekali lagi, Malaysia kampung ku akan dijual kepada Amerika, kuasa barat pula. Dengan sandiwara bertopengkan isu KMM dan militant, ditambah pula dengan WTC Sept 11, Mahathir menjemput Amerika untuk berkawal di sini bagi tujuan mengekalkan kuasa dia dan kuasa BN supaya dapat terus memerintah Malaysia.

Siapakah yang menjadi mangsa untuk jangka masa pendek? Sudah tentu orang Islam.

Siapa pula menjadi mangsa jangka masa sederhana? Orang ramai dan rakyat. Kenapa? Pelacuran, judi, arak, dan dadah akan berleluasa sebagaimana apabila tentera Barat pergi ke Cina, Taiwan, Guatamala, negara-negara Arab, Filipina, Singapura, dan dimana-mana sahaja. AIDS dan pelbagai penyakit kelamin akan merebak. Anak luar nikah akan bertambah. Yang kaya bertambah kaya. Yang miskin papa kedana. Yang murtad dari agama Islam juga akan meningkat secara mendadak.

Hai Mahathir...jemputlah Tony Blair sama. JAKIM dan Majlis Fatwa bersiap2lah untuk keluar fatwa mengizinkan tentera Amerika ke sini atas nama keselamatan! Buatlah apa mereka suka.....orang-orang UMNO jangan lupa untuk sokong ya...ini peluang baik ni.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com