UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Ada Samseng Di JAIS

Oleh: AKUPUNYA & ANAK S'NGOR

Penasihat-penasihat UMNO di JAIS kini sudah mulai melampau khususnya Pengarah JAIS, Dato Hj Mansor Ramli, bekas DO Sepang (orang kuat UMNO yang suka sangat main golf) dan Timbalan Pengarahnya, Ustaz Mohd Amin bekas kadi Kuala Langat, yang banyak menimbulkan masalah.

Mulanya mereka menukar guru-guru agama yang sokong BA ke sana ke mari dalam Selangor selepas pilihanraya 1999.

Kemudian mereka memecat AJK masjid dan surau yang dipilih oleh qariah tempatan dan meletakkan orang-orang UMNO untuk mengurus masjid dan surau.

Seterusnya, mereka menghalang kuliah, pengajian ilmu, dan tazkiran ramadan di masjid dan surau. Mereka juga menghalang ustaz termasuklah Tuan Guru Ust Nik Abd Aziz Nik Mat, Tuan Guru Ustaz Hadi Awang, Ustaz Solehin, Ustaz Islamil Kamus dan lain-lain berkuliah dan berkhutbah di negeri Selangor.

Selepas itu mereka mengeluarkan arahan supaya semua markas PAS tidak menjalankan sembahyang jamaah dan memberhentikan kuliah dan tazkirah. (Macam markas tu mereka dan keluarga mereka yg punya...itulah orang yang membutakan undang-undang).

Kini mereka suruh PASTI ditutup pula sedangkan PASTI adalah aktiviti parti bukan aktiviti umum.

Beberapa buah PASTI telah dikunjungi pegawai JAIS dan Polis yang datang untuk menampal poster/notis supaya PASTI ditutup. Tempat maksiat dibiarkan. Orang Islam tanding Ratu Cantik dilepaskan. Orang Islam minum arak dan mabuk yang ditangkap di Pub The Ship dilepaskan kerana kata mereka JAIS tak ada kuasa menangkap orang.

Kenapalah Pengarah JAIS Dato Mansor dan Ustaz(?) Amin Rashid ni ‘busuk hati’ sangat pada orang yang mahu kepada pendidikan Islam. Kita boleh berdoa mudah-mudah Allah Ta'ala memberi petunjuk kepada mereka. Tetapi kalau mereka menutup hati mereka, telinga mereka, mata mereka dari melihat kebenaran, tak ada ertinya. Elok kalau doakan, semoga Allah memberi balasan yang setimpal ke atas orang-orang spt mereka ini dengan balasan murka Tuhan!

Kita ingin menasihatkan Pengarah JAIS dan Timbalan Pengarahnya supaya berhati perut sedikit dan baca undang-undang. Kita juga ingin mengingatkan mereka supaya tidak jadi kuda tunggangan dan budak suruhan UMNO atau hamba kepada manusia tetapi menjadi hamba kepada Allah dan takutlah kamu akan Allah.

Jika mereka berterusan menyerang Islam, menghalang manusia mendapat ilmu, menghalang manusia berbuat kebaikan, dan menyerang PAS, kita akan bongkar satu persatu penyelewengan yang dilakukan oleh mereka pada masa lalu dan sekarang ini termasuklah mengisytiharkan harta-harta mereka. Manusia ada sabarnya. Manusia ada maruah.

Kita akan bongkar kes-kes ini secara terperinci, jika mereka terus menerus merosakkan imej Islam sebagaimana kita akan bongkar kes MB Khir Toyo, jika perlu.

Mereka berdua ini terlibat dengan:

Kes pemilikan tanah di sekitar Sepang.

Kes duit baitulmal Selangor yang disalahgunakan untuk membiayai pertandingan golf di Selangor Kes penyelewengan duit zakat Selangor RM200 ribu.

Kes nak kahwin anak dara tapi tak jadi lalu duit zakat diberikan kepada individu tertentu.

Kes penyelewengan duit TAPIS, beribu duit zakat pengecualian dari cukai yang tidak diedarkan semula kepada institusi berkenaan. Dan beberpa kes lagi dalam fail kita.

Jangan ingat semua manusia di Selangor ini bodoh dan boleh dicucuk hidung. Kalau Pengarah dan Timbalan Pengarah ini suka menjual, kita sedia membeli. Kita akan beli dengan harga yang mahal kalau mereka mahu.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com