UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tahun 2002 Yang Di Harapkan

oleh: AKUPUNYA

Hari berganti hari, minggu berganti minggu, tahun berganti tahun. Tahun 2001 berada di penghujung jalan dan tahun 2002 bakal berkunjung. Senario politik tanahair juga bakal menemui fenomina baru, munkinkah Indera Kayangan memulakan episod baru bagi BA dalam menempuh sepak terajang politik BN? Bagi tahun baru nanti juga, entah apa pula yang akan berlaku. Faktanya, walaupun dunia bergolak dan kucar-kacir di sana-sini, negara kita tetap aman dan moga-moga berkekalan hendaknya. Sememang itulah doa rakyat yang kasihkan negara ini agar bumi ini dijauhi daripada segala bala bencana.

Hakikatnya, setiap rakyat mempunyai tanggungjawab, sama ada mahu melihat negara ini terus aman atau berkecamuk. Jika mahukan keamanan, setiap rakyat perlulah menjaga kesejahteraan dan ketenteraman sepanjang masa. Isu kecil janganlah dibesar-besarkan. Setiap tindakan perlulah berpandukan pemikiran yang waras. Rasanya, semua tahu akibatnya jika rakyat berpecah-belah. Negara yang mengalami kehancuran biasanya bermula daripada perpecahan rakyatnya.

Apabila rakyat berantakan sesama sendiri, maka datanglah anasir yang cuba memburukkan keadaan. Mula-mula mereka datang kononnya untuk membantu menyelesaikan masalah, kemudian bertapak dan seterusnya mencari kuasa serta mengaut segala kekayaan negara. Sejarah silam hinggalah kepada peristiwa di dunia moden ini mengajar kita bahawa tidak ada satu kebaikan yang terhasil akibat perpecahan rakyat. Sebaliknya, ia membawa kepada kemusnahan. Sekalipun mempunyai pemimpin terbaik tetapi bila rakyat tidak bersatu hati, negara akan punah.

Sebenarnya, di Malaysia tidak banyak masalah besar. Ia hanya menjadi besar apabila ada pihak cuba menangguk di air keruh dengan ditokok tambah dengan teori ciptaan sendiri. Ini dilakukan oleh pihak yang sengaja mengada-adakan cerita melalui Media yang berada di bawah ketiak KERAjaan BN. Cerita sandi-sendi terus dimainkan oleh wayang mengalahkan filem box-office yang dating dari pengarah yang sama. Adakalanya sesuatu isu itu bila diulang-ulang akan kelihatan benar dan betul walhal hakikatnya disebaliknya. Inilah machinery yang mungin berkesan dari kacamata KERAjaan BN bagi menjelaskan sesuatu kepada rakyat marhain. Pada sangkaan mereka lambat laun rakyat akan mempercayainya, pada saya hanya ‘orang-orang’ yang tertentu sahaja mempercayainya atau sememangnya hanya ‘orang-orang’ yang berada ditengah sawah yang digunakan untuk menakutkan burung-burang sahaja yang mempercayainya…

Eloklah rasanya bagi menghadapi tahun baru ini setiap rakyat menoleh ke belakang seketika berhubung isu yang pernah dibangkitkan oleh pihak yang cuba mengkocakkan kedamaian negara ini. Apakah isu yang pernah mereka bangkitkan masih relevan hingga hari ini?. Boleh dikatakan kebanyakan isu yang digembar-gemburkan sudah pun mati ditelan masa. Ia dimatikan oleh kebenaran.

Bagi menyelusuri hari-hari mendatang, setiap rakyat seharusnya lebih matang. Sememangnya dalam negara yang mengamalkan demokrasi, rakyat bebas bersuara dan menyokong parti yang sehaluan dengan ideologi mereka. Tetapi, mereka juga tidak seharusnya mendengar sebelah pihak sahaja. Seboleh mungkin setiap dakwaan yang mereka dengar hendaklah disahkan kebenarannya. KERAjaan BN seharusnya memberikan ruang yang sewajarnya kepada BA menggunakan saluran-saluran yang ada supaya rakyat lebih terdedah dengan maklumat yang sebenar bukannya dikaburi oleh pihak penganjur..Janganlah hendaknya menyokong membabi buta. Kalau ada pihak yang mengatakan bahawa sukar bagi mereka untuk mendapatkan penjelasan, ini betul memandangkan semuanya dikawal selia oleh tangan-tangan dan kuku kuku besi walaupun teknologi komunikasi telah maju dan canggih manggih.. Apalah sangat yang dapat diraih oleh BA dalam ceramah umum yang sangat ditakuti oleh BN sedangkan BN bebas menggunakan sepenuhnya TV dan Ahbar saban hari yang boleh diikuti di seluruh pelusok negara.

SELAMAT TAHUN BARU

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 2 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com