UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Kerajaan Berjiwa Rakyat ?

oleh: AKUPUNYA

Betulkah KERAjaan BN merupakan sebuah kerajaan yang responsif? Rakyat yang pandai menilai tentu akan memberikan jawapan yang berbeza. Sejauh manakah KERAjaan BN membantu rakyat dalam menaikkan taraf sosio-ekonomi mereka?

Apakah untungnya projek MEGA kepada rakyat di kampung-kampung? Apakah runggutan dan keluhan orang kampung diambil kira? Apa yang terjadi kepada orang-orang miskin yang tinggal di setinggan-setinggan? Adakah kos api dan airpun “termurah” di dunia?

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegaskan, kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah sebuah kerajaan yang responsif dan cepat bertindak dalam menangani masalah rakyat, di samping itu, kerajaan BN juga adalah sebuah kerajaan yang dinamik, yang sentiasa merancang ke depan untuk memastikan rakyat dan negara ini terus membangun.

Rakyat terus berbangga dengan lebuhraya bertol yang “termurah” di dunia. Ini ditambah dengan kenaikan harga petrol dan sudah semestinya kenaikan barang-barang dan saban hari pengangguran bertambah-tambah, rakyat hilang pekerjaan dan komoditi berasaskan pertanian merudum jatuh, harga buah-buahan tempatan sudah tidak laku. Sungguh bertuah rakyat berKERAjaankan BN.

Apabila ekonomi meleset, kita bertindak cepat, apabila ada mangsa banjir kita bantu, inilah semangat kerajaan berjiwa rakyat Barisan Nasional. Wang Petronas, Tabung Haji dan KWSP digunakan dengan lahapnya demi menyelamatkan kroni yang kronik dengan membiarkan rakyat “berputih mata”. Ya!! Rakyat haruslah berkorban untuk negara… barulah berjiwa patriotic kan…bukankah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat yang ditimpa malapetaka seperti banjir, kebakaran dan kemiskinan. Inilah dia corak pemerintahan yang dikehendaki oleh rakyat, bila kerajaan membantu rakyat yang sememangnya menjadi KEWAJIPAN atau tanggungjawab dianggap sebagai sesuatu yang cukup besar walhal adakah KERAjaan BN tahu mana satu tanggungjawab dan mana satu JASA untuk rakyat?

Memanglah sudah nampak jelas KERAjaan BN membantu rakyat hanya nakkan undi mereka sahaja. Habis madu sepah dibuang bukannya membantu kerana itulah kewajipan BN sebagai sebuah kerajaan.

Apakah usaha usaha KERAjaan menangani masalah sosio-ekonomi rakyat di kampung-kampung? Berapa banyak tanah-tanah orang kampung telah digunakan kononnya untuk projek pembangunan. Apa yang orang kampung dapat daripada kehilangan hakmilik tanah? Adakah pampasan yang diperolehi dapat menampung kehidupan seharian mereka?

Orang-orang Terengganu telah membayar harga demokrasi dengan harga yang mahal setelah royalty minyak dirampas dan menuduh kerajaan PAS/BA yang menentang pencabulan itu sebagai jahat dan tidak membantu rakyat. Inilah politik Robin Hood, perompak lepas lari yang menangkap perompak di ambil tindakan.

MEREKA TIDAK UBAH SEPERTI KABINET PEROMPAK WANG RAKYAT!!

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com