UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Strategi Ulung BN Di Indera Kayangan

oleh: AKUPUNYA

Pemimpin-pemimpin BA yang menyertai satu ceramah dengan masyarakat Cina telah memberi amaran bahawa kerajaan BN akan meningkatkan propaganda menakut-nakutkan pengundi Cina terutamanya menjelang pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan.

Propaganda sebegitu boleh menjadi petanda bahawa satu pilihanraya mengejut mungkin akan dipanggil. Ini berdasarkan pengalaman pilihanraya umum 1999, yang mana kerajaan BN mengeksploitasikan media perdana untuk memberi gambaran bahawa parti-parti komponen BA akan mengakibatkan pertumpahan darah seperti Tragedi 13 Mei 1969.

Menurut seorang aktivis Cina yang ditemui di majlis itu, pengundi Cina perlu sentiasa diingatkan bahawa peristiwa 13 Mei sebenarnya ada kena mengena dengan kekalahan UMNO (melalui Parti Perikatan) dalam pilihanraya umum 1969. Malah, kata beliau lagi, bekas Naib Presiden keADILan iaitu Hajjah Marina Yusuff sebelum ini mengambil langkah berani mendedahkan bahawa UMNO turut memainkan peranan di dalam tragedi itu.Bekas Naib Presiden keADILan itu walau bagaimanapun didakwa di mahkamah atas dakwaan di bawah Akta Hasutan.

Penganalisa politik tempatan percaya bahawa kekuasaan BN dalam pilihanraya akan datang akan tamat sekiranya pengundi Cina beralih kepada BA. Dalam pilihanraya umum yang lepas, statistik menunjukkan lebih dua pertiga undi Melayu berpihak kepada BA.

Menteri Besar Perlis Tan Sri Shahidan Kassim sendiri mengakui bahawa surat layang yang mendedahkan perpecahan dalaman UMNO Perlis diedarkan secara meluas di negeri ini menjelang pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan 19 Januari ini.

Beliau bagaimanapun menuduh 'pihak-pihak' tertentu terbabit di dalam 'plot' untuk menjatuhkan beliau. Beliau tidak pula menamakan pihak-pihak terbabit atau memberi sebarang petunjuk sama ada surat itu datang dari UMNO sendiri.

Desas-desus mengenai perpecahan dalaman UMNO Perlis sudah lama diperkatakan. Menurut sumber-sumber yang boleh dipercayai, ia berpunca daripada pertembungan personaliti di antara Menteri Besar Tan Sri Shahidan dan Menteri Persekutuan Datuk Azmi Khalid.

Di samping itu, wujud juga kumpulan di dalam UMNO yang dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinan Shahidan. Beberapa bulan lepas, akhbar-akhbar internet menyiarkan laporan mengenai pertelingkahan di antara seorang EXCO Pemuda UMNO dari Perlis dengan Shahidan.

Surat layang yang tersebar luas itu berkisar mengenai desas-desus sekumpulan pemimpin-pemimpin UMNO yang turut melibatkan bekas Ketua Menteri Tan Sri Hamid Pawanteh yang tidak senang dengan kepimpinan Shahidan.

Setakat ini, tidak dapat dipastikan sama ada surat layang yang menggunakan kepala surat rasmi UMNO itu dihasilkan oleh UMNO sendiri seperti yang didakwa. Budaya surat layang sememangnya menjadi tradisi di dalam UMNO, yang mana puak-puak yang bertelagah menggunakannya untuk menghentam antara satu sama lain.

Oleh kerana Kedudukan BA di Indera Kayangan mengatasi BN, banyak faktor luar jangkaan telah berlaku berdasarkan maklumat dari Jabatan Buruh & SB Perlis:-

1. Pihak BN telah memperuntukkan RM 200.00 untuk rasuah awal kepada pengundi sebelum penamaan calon, duit tersebut telah diserahkan kepada ketua bilik gerakan dan ketua peti undi BN di Indera Kayangan, dan maklumat lanjut yang diterima, pengagihan wang rasuah ini mengikut pengundi berpilih-pilih, ada yang menerima RM 150.00 ada RM 100.00 dan ada yang terima RM 50.00 sahaja.

2. Pihak BN kini merancang untuk membuat pasukan petugas yang boleh menghalang petugas BA mendekati atau merayu undi dari para pengundi pada hari pembuangan undi , dengan mengadakan kumpulan juru iring pengundi yang dikawal oleh kumpulan gagak hitam shahidan kasim.

3. Pihak BN juga telah menempatkan pasukan samseng upahan untuk melakukan kacau pada masa penamaan calon serta tempoh berkempen dengan memakai pakaian berimejkan PAS atau KeADILan untuk menakut-nakutkan pengundi.

4. Pihak BN juga menyediakan peruntukkan khas pada hari mengundi, wang rasuah hari mengundi, tapi jumlah wang yang disediakan masih tak dapat dipastikan.

5. Para petugas BN akan dibayar elaun RM 50.00 sehari untuk menjadi kuli-batak MCA dan UMNO di Indera Kayangan. Wang tersebut telah diterima oleh Pengarah Pilihanraya BN.

6. Para pengundi dari kaum Cina kini lebih berani menonjolkan diri bersama para petugas dan pemimpin BA dalam aktiviti penyediaan bilik gerakan serta kempen secara kecil-kecilan di Indera Kayangan hari ini.

Buat petugas BA, teruskan tanggungjawab anda mendapatkan maklumat serta memaklumkan kepada bilik gerakan masing-masing, tapi perlu berhati-hati anda sentiasa diperhatikan oleh para samseng kumpulan gagak hitam, mereka sanggup melakukan perbuatan melanggar undang-undang demi sesuap nasi. Teruskan usaha berkempen serta sampaikan maklumat niat buruk BN kepada pengundi di Indera Kayangan.

Selamat Bertugas & Berjaya.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 11 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com