UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sketsa projek juta-juta

oleh : AKUPUNYA

Cerita pasal projek juta-juta ni memang sinonim dengan UMNO/BN baik pemimpin atasan mahupun orang-orang bawahan. Yang penting cerita mesti best macam filem Hindustan. Mesti ending dengan ‘happy ending’. Bagi orang-orang BA jangan rasa rendah diri pulak.

Piem sendiri dah cakap dalam the SUN 1/1/02, pasal projek juta-juta ni.Project asal yg datang tu mungkin la betoi Juta-Juta, untung pun juta-juta; tapi bila turun kat peringkat bawah, iaitu kontraktor kecik yg menjadi penyudah dan penyempurna project tu; margin untung dia dah tinggal takat lubang hidung.

Katakanlah project asal suruh buat makmal komputer untuk sekolah2 seluruh malaysia....katakan untuk satu sekolah mereka bayar kat kontraktor RM200 ribu (contoh).Campur tolak campur tolak, mungkin kontraktor tu boleh untung RM20 ribu (contoh). Kalau seluruh malaysia kali RM20 ribu, dah berapa?(contoh).

Kontraktor nie melayu (macam kitalah - tak ada modal dan tak ada kepakaran), dpt bisness pun sebab jadi proksi. Lalu dia pun subs pulak kat sub-con B, dia kata:

"Alah, kau bagi kat kami satu sekolah RM5 ribu sudahlah, yang lain tu kau ambik"

Kontraktor B pulak carilah sub-con C, dia pun kata macam tu jugak:

"Alah, kau bagi kat kami satu sekolah RM5 ribu sudahlah, yang lain tu kau ambik"

Kontraktor C pulak carilah sub-con D, D pulak cari E....E cari F dan seterusnya.

Last sekali kontraktor X mungkin untung dua tiga ratus ringgit saja satu sekolah.....tu pun dpt dua tiga buah sekolah saja, sebab sekolah2 lain dah bagi kat sub con lain.

Tapi, kalau kita terber'sembang' dengan kontraktor X tu, ish bukan main lagi dia kata:

"Kau tau project nie RM200 juta punya project, bukan koman punya!!"

Maka, dia pun bersembang dan terus bersembang...sedar-sedar tengok project tak boleh siap sebab tersangkut.....nak buat macammana untung pun takatlubang hidung saja; sekali hidung terbersin, habis terpelanting!!

Dalam Harian Metro (2 Jan 02); ada gambar kartun pasal project buat makmal komputer sekolah dapat kat Salesman Komputer....terkial-kial member nak susun bata taruk simen; lepas tu kena tegur dengan budak sekolah:

"Bang, bata tu kena susun/simen selang seli, bukan susun satu-satu straight ke atas, kalau tak buat selang seli, kena tiup angin pun jatuh!"

Nak buat camno, project asal juta-juta...tapi dah pakat makan; orang last tak kira boleh buat ke tidak, sebab nak tumpang makan sama...maka jadilah macam cerita kartun di atas projek terus terbengkalai dan berkubur tanpa nisan.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com