UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Antara yang tersurat dan tersirat

oleh: AKUPUNYA

Cerita-cerita banjir ni agak sinonim dengan Pantai Timur terutama Kelantan dan Terengganu namun semenjak akhir-akhir ni negeri-negeri lainpun sudah merasai banjir bahkan negeri yang tidak pernah dilanda banjirpun sudah tidak terkecuali. Heboh seluruh negara memperkatakan tentang banjir. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan sebagai "sangat dahsyat" banjir yang berlaku di Gunung Pulai, Pontian yang mengakibatkan tanah runtuh dan lima orang terbunuh pada malam 27 Disember lepas.

Perdana Menteri berkata, beliau tidak pernah menyaksikan kesan banjir yang sebegitu dahsyat di negara ini. Katanya, laporan akhbar mengenai bencana yang menghanyutkan dan memusnahkan empat buah rumah penduduk di Kampung Sri Gunung Pulai di tebing Sungai Air Hitam di kaki Gunung Pulai, tidak menggambarkan kesan dahsyat yang sebenar.

"Kesan daripada banjir ini begitu dahsyat, saya tak pernah tengok di Malaysia banjir yang semacam ini," katanya kepada pemberita selepas meluangkan masa sejam meninjau sendiri kesan banjir lumpur di kampung itu dan meninjau ke puncak Gunung Pulai, tempat kejadian tanah runtuh itu bermula. Dr. Mahathir, yang menyaksikan timbunan kayu-kayu balak setinggi 25 meter di tepi jambatan merentangi sungai di situ, berkata kesan buruk banjir itu jauh lebih teruk daripada apa yang beliau jangkakan sebelum ini.

Bukankah jelas semuanya berpunca dari pembalakan dan penggondolan hutan. Kalau tidak masakan timbunan kayu-kayu balak boleh hanyut. Bagi rakyat yang memakai akal sudah jelas sekarang siapakah yang menggondolkan hutan secara berleluasa. Kerajaan PAS/BA di Kelantan dan Terengganu kah atau “mereka” dan “keluarga mereka”.

Cerita pasal banjir di Pahang terutamanya Kuantan. Banyak teori di beri kenapa banjir yang melanda Kuantan baru-baru ini begitu buruk. Namun begitu, tidak ramai yang tahu cerita sebenar di sebaliknya.

Akibat dari pembalakan yang tak terkawal di kawasan yang sepatutnya tidak 'gondolkan' maka berlakunya limpahan air yang tidak terkawal di empangan Kobat atau MB Pahang kata 'tadahan' yang kemudian 'memaksa' kepada keputusan untuk 'melepaskan' limpahan air dari hutan simpan supaya empangan tidak pecah.

Dan akibat daripada itu, maka berlakulah banjir besar yang meyebabkan kerugian puluhan juta ringgit kepada penduduk-penduduk yang terlibat. Tak percaya....?. Terpulanglah. Tapi kalau ada masa pergi-pergilah jenguk kawasan hutan simpan tu, atau kalau mana yang ulang alik naik kapalterbang tu, kalau tak gayat nak pandang bawah cuba-cubalah tengok ke bawah, banyak bukit-bukit yang dah gondol.

Kita mungkin sudah lupa bagaimana report polis yang dibuat oleh YB Umno sendiri terhadap Khalil Yaa'kob berkenaan pembalakan haram seluas luasnya oleh Khalil ketika menjadi MB pahang!! mengapa sehingga sekarang tiada pendakwaan dan penyiasatan...oleh BPR mahupun Polis.. Jawapannya senang!! Pembalakan ini juga sebenarnya melibatkan kerabat Raja Pahang!!! kita hairan..Kenapa tidak Raja Pahang marah dan Murka kepada datuk datuk dan YB YB yang membalak di hutan Pahang tersebut sedangkan report polis dan bukti sudah sedia ada.... dan hanya marah kerana datuk datuk dan yb yb yang tidak turun padang membantu mangsa banjir!! Mengapa??

Kalau nak tahu antara raja raja yang kuat sekongkol dalam Umno adalah Raja Pahang!! masih kah kita ingat bagaimana Raja Pahang menghalau penduduk penduduk setinggan dari tanah milik di Raja Pahang hanya kerana mengibarkan bendera parti pembangkang selepas pilihanraya dulu!

Apakah benar Raja pahang berjiwa rakyat??? masihkah kita ingat tentang pendedahan MALAYSIAKINI.com tentang rumah kediaman mewah milik tengku mahkota pahang di England.. rumah mewah beratus bilik dan beberapa kolam renang ini dibeli dengan harga sekita 200juta..sama dengan nilai istana Mahathir di Putrajaya..pendedahan ini dibuat oleh akhbar tabloid di sana dan malaysiakini.com... kalau benar ini berita palsu mengapa Raja Pahang dan Tengku Mahkota Pahang tidak mendakwa dan saman saja akhbar tabloid dan Malayisakini.com..tetapi hanya menafikan di akhbar perdana tempatan!!

Satu lagi..berita yang dilaporkan oleh malaysiakini iaitu berkenaan anak luar nikah Raja Pahang dengan bekas jururawat Filipina dan malaysiakini.com menyertakan sekali gambar mereka bersama..mengapa Raja Pahang sekali lagi mengambil sikap berdiam diri....tidakkah itu suatu perkara yang menghairankan??






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com