UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SIC dan Malaysia boleh!!!

oleh: AKUPUNYA

Salah satu projek gah yang menjadi kebanggaan PieM telah bertukar menjadi kebanggangan apabila Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) bercadang melupuskan Sepang International Circuit Sdn. Bhd. (SIC).

Kenyataan MAHB kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) memberitahu, perbincangan itu diadakan setelah rundingan dengan Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) gagal dan ditamatkan.

Adalah diifahamkan antara sebab utama pihak Petronas enggan membeli SIC adalah kerana tempoh bon-bon yang telah dikeluarkan oleh pihak Petronas akan matang tidak beberapa lama lagi.

Apabila bon-bon tersebut matang, pihak Petronas membayar berbilion-bilion ringgit kepada pembeli-pembeli bon tersebut. Oleh itu, sekiranya pihak Petronas tersilap langkah dalam mentadbir kewangannya, ianya mampu membawa akibat yang parah kepada Petronas.

Menurut sumber maklumat, Petronas pernah mengeluarkan bon-bon bernilai RM1.7 billion pada Januari 1999 dengan kadar kupon sebanyak 5.9 dan 7.2 peratus setahun dan matang dalam tempoh 5 dan 10 tahun.

Inilah di antara contoh kepandaian PieM dalam slogan Malaysia Boleh yang memberikan “banyak” manafaat kepada rakyat marhain dengan membelanjakan wang petronas dengan “sebaik mungkin”.

Bukankah sedari awal lagi pihak pembangkang telah membangkang cadangan pembinaan projek ini yang jelas tidak memberikan pulangan yang lumayan buat negara dan rakyat, tapi apa boleh buat pembangkang hanya “pandai” membangkang sahaja…

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com