UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Berita palsu dan berita benar..

Oleh: AKUPUNYA

Demi meraih sokongan rakyat dalam PRK Indera Kayangan berbagai-bagai Isu yang tidak relevant hatta rekaan telah diada-adakan oleh “jentera-jentera berat dan ringan BN”. Yang paling top ialah berita-berita kemasukan sayap-sayap dan ahli-ahli pembangkang ke dalam BN.

Betulkah Syed Araniri merupakan Naib Ketua Pemuda KeADILan Perlis? Menurut Setiausaha Pemuda keADILan, Sdr Adlan Benan Omar, Ketua Pemuda Perlis masih belum memanggil mesyuarat kerana beliau baru sahaja dilantik tidak sampai dua minggu, Oleh itu tidak wujud jawatan Naib Ketua Pemuda Negeri seperti didakwa melainkanlah beliau melantik dirinya sendiri mengisi jawatan olok-olok itu. Adlan juga hairan kerana akhbar mendakwa 300 ahli daripada 28 bahagian Parti keADILan Nasional menyertai UMNO bersama Syed. Bagaimanapun, pejabat keADILan di Petaling Jaya mengesahkan bahawa negeri Perlis hanya mempunyai tiga bahagian sahaja. Adalah Mustahil tiga bahagian itu tiba-tiba beranak menjadi 28 bahagian tanpa ada “ibubapa”.

Walhal Syed bukanlah ahli parti yang aktif, malah menurut sesetengah ahli keADILan Perlis beliau tidak pernah diterima menjadi ahli parti secara rasmi. Mungkin juga beliau tidak pernah memohon untuk menjadi ahli Parti keADILan.

Demikanlah jua tuduhan PAS mempunyai kaitan dengan rangkaian al-Qaeda dalam sebuah akhbar Singapura, Sunday Times, yang telah meminta maaf secara terbuka kepada PAS kerana mengeluarkan rencana mengaitkannya (PAS) dengan rangkaian al-Qaeda pimpinan Osama bin Laden.

Walau bagaimanapun, rencana itu tidak pula menyebut bentuk hubungan politik itu, selain menulis berita palsu bahawa Ibupejabat PAS mempunyai gambar Osama, yang dijadikan bukti kononnya hubungan politik wujud di antara PAS dan al-Qaeda.

Dalam satu kenyataan semalam, kedua-dua akhbar dan majalah itu mengakui bahawa rencana yang ditulis adalah palsu dan meminta maaf. Mereka juga menarik kembali berita yang ditulis itu. Perkembangan terbaru ini mematikan satu lagi taktik kotor yang digunakan oleh kerajaan BN, terutamanya di dalam PRK Indera Kayangan ini yang cuba memfitnah PAS dengan mengaitkannya dengan al-Qaeda.

Kenyataan meminta maaf terbuka itu adalah bukti bahawa segala tuduhan yang dibuat oleh kerajaan BN selama ini adalah bersifat jahat untuk menyekat kemaraan PAS dan BA.

Setakat ini bukan sahaja orang melayu bahkan masyarakat majmuk juga telah menghadiri ceramah BA yang memberikan petanda jelas keyakinan rakyat terhadap perjuangan BA dan menolak dakyah palsu dan berita karut BN.

karkunku@yahoo.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com