UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Zainal Abidin Perlu Dilucutkan Jawatan TMB Selangor Untuk Lawan Pembangkang Sepenuh Masa?

Oleh APEXMAIL

Saya amat tertarik apabila membaca tulisan tepak bersulam dan akhbar Utusan Malaysia berkenaan dengan rombakan exco dinegeri Selangor yang akan dijalankan tidak lama lagi.

Menurut mereka, sekurang-kurangnya dua Exco Kanan Kerajaan Selangor perlu dipecat iaitu Timbalan Menteri Besar, Dr Zainal Abidin Ahmad dan Exco Sharif Jajang.

Tambah mereka lagi, Zainal perlu dilucutkan jawatan Exco kerana beliau berdepan dengan tentangan pembangkang yang dikuat di kawasannya iaitu di Hulu Langat kerana salah satu DUN di situ iaitu Kajang jatuh ke tangan PAS. Jadi Zainal perlu sepenuh masa melawan PAS.

Tapi keputusan pilihan raya di kawasan Tanjong Karang lagi menarik, sudahlah satu kerusi iaitu SUngai Burong jatuh ke tangan Dr Hassan Ali, Khir Toyo sendiri tidaklah mendapat majoriti yang membanggakan. Dan jirannya DUN Sungai Besar pun terlepas kepada PAS, iaitu Ustaz Sallehen Mukhyi.

Mengikut Analisa Keputusan Pilihanraya 1999-DUN Selangor

Menteri Besar Selangor
N04 Sungai Panjang Dato Seri Muhammad Khir Bin Toyo
Bilangan Pemilih 12,013
Bilangan Mengundi 8,622
Peratus 71.77%
Undi DiTolak 298
Majoriti Undi 165

Timbalan Menteri Besar Selangor
N22 Dusun Tua Datuk Dr Hj Zainal Abidin bin Ahmad
Bilangan Pemilih 21,004
Bilangan Mengundi 17,578
Peratus 83.69%
Undi DiTolak 369
Majoriti Undi 3,728






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com