- cetak - sebar secara ADIL - PAS kepada semua -
1. UMNO meletakkan ahli-ahli mereka yang jahil tentang agama dan
mungkar sebagai AJK-AJK masjid. Ini supaya mereka dapat memperalatkan
masjid dan agama demi kepentingan parti dan kuasa pemimpin mereka.
Terdapat sesetengah AJK Masjid dari ahli UMNO yang terlibat di dalam
perkara maksiat seperti berjudi.
2. Untuk menjayakan Sukan Komanwel 1998, SUKOM '98 yang
dipengerusikan oleh IPAR Dr. Mahathir iaitu, Jeneral (B) Hashim Ali
telah bersubahat dengan perkara maksiat iaitu ARAK. Beliau telah
berkompromi dengan arak CARLSBERG apabila bersetuju menerima bantuan
sebanyak RM 5,000,000 untuk menjayakan Sukan tersebut. Sebagai
balasannya, iklan arak CARLSBERG telah dipamer dan bergerak bebas di
badan-badan bas dan teksi di negara kita.
3. Mufti Kerajaan Negeri Selangor, Haji Mohd Tamyes Bin Abdul Wahid
telah dilarang daripada memberikan pengajian berbentuk kuliah di
semua masjid dan surau di negeri Selangor. Berbeza pula dengan
layanan kepada pembuat maksiat dan kemungkaran. Konsert-konsert
hiburan dan maksiat boleh diadakan tanpa ada apa-apa gangguan. Inilah
sikap kerajaan UMNO yang memerintah Selangor. Islam dikunci, maksiat
diberi kebebasan.
4. Pada 19 November 1985, Umat Islam di Memali, Kedah telah dibunuh
tanpa belas kasihan oleh kerajaan UMNO yang memerintah negara kita.
Dr Mahathir yang merupakan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu
hinggalah sekarang langsung tidak memberi perhatian yang sewajarnya
kepada mangsa dan waris mereka yang terbunuh di dalam kejadian zalim
tersebut. Di dalam kejadian zalim tersebut, seramai 14 penduduk
Memali yang tidak berdosa telah dibunuh. Manakala polis pula
mengalami empat kematian. Menurut saksi, seramai 3,600 orang polis
termasuk FRU, UTK dan UKK telah terlibat di dalam operasi menzalimi
orang kampung yang tidak berdosa.
5. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr. Abdul Hamid Othman telah
menyangkal dakwaan bahawa kerajaan UMNO tidak berminat untuk
melaksanakan hukum hudud. Malangnya, apabila kerajaan PAS Kelantan
mengusulkan draf hukum hudud kepada kerajaan pusat untuk
dipersetujui, Dr Mahathir telah memberi amaran dan ugutan akan
mengambil tindakan jika hukum hudud tersebut dilaksanakan
6. Pada tahun 1990, Dr Mahathir telah memberi undi sokongan kepada
Resolusi 786 PBB yang membolehkan IRAQ diserang dan dimusnahkan oleh
Amerika Syarikat dan 31 pasukan tentera dari negara lain.
7. Pada Awal Ramadhan 1999, negara IRAQ telah diserang oleh Amerika
Syarikat. Dr Mahathir telah menunjukkan sikap hipokrit dan munafiknya
apabila bermuka-muka dengan mengutuk serangan Amerika Syarikat
tersebut. Dr Mahathir cuba menipu rakyat Malaysia dengan cuba
melindungi akan keputusannya yang bersubahat dan menyokong melalui
pemberian undi (Resolusi 786) kepada Amerika Syarikat untuk menyerang
IRAQ pada tahun 1991 dahulu.
8. Nor Aisyah Bokhari yang dikristiankan (MURTAD) terus tidak
dijumpai, angkara kegagalan kerajaan UMNO menangani isu dan akta
murtad. Tidak ada apa-apa tindakan sewajarnya diambil oleh kerajaan
UMNO untuk menyelamatkan Nor Aisyah daripada terus berada di dalam
kesesatan.
9. Ulama terkenal, Professor Dato' Dr Harun Din telah dipecat
daripada menjadi anggota Majlis Penasihat Lembaga Tabung Haji setelah
beliau menegur dan menasihati Menteri Besar Perlis, Shahidan Kassim,
yang telah melakukan kesalahan didalam ibadat Haji.
10. Jabatan Agama Islam negeri JOHOR telah menjadikan ISLAM sebagai
alat untuk mereka mengukuhkan pengaruh UMNO. Di dalam pekeliling
mereka (14/98) yang ditandatangani oleh Pengarah Jabatan Agama Johor,
mereka telah mengarahkan supaya semua masjid dan surau mestilah
menjadikan Ketua UMNO Bahagian sebagai AJK mereka.
11. Dr Mahathir telah menghina umat Islam di negara ini apabila
mengatakan bahawa dia akan melantik Timbalan Perdana Menteri baru
iaitu pengganti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dizaliminya
daripada golongan orang yang tidak warak.
12. Semua rakyat Malaysia yang mempunyai TV diwajibkan membayar lesen
TV sebayak RM 24 setahun. Tetapi malangnya hanya UMNO dan BN sahaja
yang dibenarkan menggunakan kemudahan dan masa siaran TV RTM sesuka
hati mereka. Ini dikukuhkan lagi dengan kenyataan Menteri Penerangan
Khalil Yaakob yang mengatakan hanya parti UMNO dan BN sahaja yang
boleh menggunakan kemudahan media milik RTM. Parti alternatif
dilarang sama sekali dibenarkan menggguna kemudahan RTM.
13. Untuk menjadikan kroni mereka kaya, kerajaan UMNO melalui
Kementerian Pendidikan telah menswasta dan menfrancaiskan pendidikan
tinggi di negara kita. Akibatnya yuran pengajian yang dikenakan telah
mencecah ke angka RM 10,000 setahun. Malangnya juga terdapat kolej-
kolej swasta dan francais yang terlalu daif dan kurang
kelengkapannya.
14. Akibat daripada kelemahan dan kebebalan dalam mengendalikan
sistem baru, iaitu UPU Infoline, proses kemasukan pelajar ke Institut
Pengajian Tinggi Awam telah menjadi bercelaru dan caca marba.
Terdapat pelajar yang mendapat Gred 1 di dalam SPM telah ditolak
permohanan mereka. Sementara pelajar yang mendapat Gred 3 pula telah
diterima dan ditawarkan tempat di IPT.
15. Dr Mahathir sering mengaitkan isu penjajahan apabila membicarakan
soal reformasi. Apabila negara kita dilanda masalah kegawatan
ekonomi, Dr Mahathir telah melantik syarikat Yahudi iaitu Solomon,
Smith and Barney yang berpengkalan di New York, Amerika Syarikat
senagai penasihat ekonomi negara kita. Syarikat ini jugalah yang
telah menjadi spekulator asing yang telah menyerang mata wang Hong
Kong sebelum ini. Tiada tempoh masa telah ditetapkan kepada syarikat
Yahudi tersebut. Syarikat Yahudi itu dilantik menjadi penasihat
eknomi negara sehinggalah masalah ekonomi negara selesai. Ini
bermaksud negara kita sekarang berada di bawah arahan dan nasihat
Yahudi di dalam urusan ekonomi negara.
16. GERAK yang ditubuhkan untuk mengembalikan semula keadilan negara
telah mendapat kelulusan daripada Perbadanan Stadium Merdeka untuk
menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Oktober 1998
sempena "Perhimpunan Perdana Rakyat" (Perhimpunan setengah juta
rakyat). Bayaran pendahuluan tempahan sebanyak RM 4,500 juga telah
dibuat. Tiba-tiba pihak stadium telah membatalkan tempahan tersebut
atas alasan Stadium Nasional Bukit Jalil hendak dibaiki. Dipercayai,
pembatalan tempahan tersebut didalangi oleh kerajaan UMNO. Mustahil
Stadium Nasional Bukit Jalil yang baru sekali sahaja digunakan semasa
SUKOM '98 telah mengalami kerosakan. Adakah bahan binaan stadium
tersebut tidak berkualiti sepertimana kes yang berlaku kepada Pusat
Latihan Rekrut (PULAREK) Tentera Malaysia.
17. Semasa negara dilanda kegawatan ekonomi, kerajaan UMNO telah
menasihati rakat Malaysia supaya tidak membazir dan berjimat cermat.
Malahan juga kerajaan UMNO telah menubuhkan Dana Khas Negara untuk
rakyat Malaysia memberi derma dan sumbangan kepada kerajaan dalam
usaha konon-kononnya untuk memulihkan semula ekonomi negara.
Malangnya, Datuk Seri Samy Vellu telah membelanjakan sebanyak RM
1,000,000 hanya semata-mata untuk urusan perkahwinan anaknya yang
bernama S. Vellu Paari dengan pasangannya Shaila Nair di sebuah hotel
terkemuka.
18. Di masa rakyat Malaysia sedang mengalami masalah kemiskinan dan
kegawatan ekonomi, Dr Mahathir telah membelanjakan wang rakyat
sebanyak RM 200,000,000 untuk sebuah jet peribadi tercanggih yang
hanya akan digunakan oleh beliau seorang sahaja. Rekabentuk dalaman
jet peribadi tersebut telah dibuat mengikut citarasa Dr Mahathir
sendiri.
( AWANG LEPUK )
--------------------
Dari Abu Hurairah r.a, katanya Rasulullah bersabda: mafhumnya,
"Sesiapa mengajak ke jalan kebenaran maka dia beroleh pahala sebanyak
pahala yang diterima oleh orang-orang yang mengikutnya, tidak kurang
sedikit juapun. Dan sesiapa mengajak ke jalan kesesatan, maka dia
beroleh dosa sama banyak dengan dosa orang- orang yang mengikutnya,
tidak kurang sedikit juapun."
(Riwayat Muslim)