UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




SURAT TERBUKA UNTUK SAUDARA NAKHAIE (YADIM)

"Bertolong-tolonganlah kamu membuat kebaikan dan taqwa dan janganlah kamu bertolong-tolongan membuat dosa dan aniaya dan takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat keras siksaanNya" (Al-Maa'idah : 2)

Saya secara tak sengaja membuka TV dan melihat saudara sedang berbicara di dalam satu rancangan RTM yang tak salah saya bertajuk BICARA ISLAM pada Jumaat 11 Januari 2002.

Seorang pendengar dari Kelantan (yang saya terlupa namanya), telah memberi cadangan supaya kedua-dua belah pihak dari kerajaan dan pembangkang supaya duduk semeja. Beri peluang kepada pembangkang duduk semeja dan berbicara pendapat mereka di khalayak ramai, contohnya di TV seperti mana saudara dan orang-orang UMNO lain yang bebas menggunakan TV RTM (yang gunakan wang rakyat) secara sesuka hati.

Tapi apa yang saudara jawab ?. Saudara kata, 'ubahlah cara berpolitik. Jangan berpolitik yang merosakkan. Jangan nak kafirkan orang' dan macam-macam lagi yang tak ada kaitan langsung. Yang pendengar itu tanya (secara tersirat) ialah mengapa pihak pembangkang tak diberi peluang untuk bercakap, berdialog dan sebagainya di TV dan khalayak ramai. Apatah lagi pada masa sekarang, apabila Parti PAS difitnah dengan begitu hebat sekali di TV RTM dan TV 3 seperti jumud dan sebagainya. Malahan mereka difitnah seolah-olah akan membunuh kaum wanita "seperti yang dilakukan oleh Taliban di Afghanistan". (Berapa ramai wanita yang telah parti PAS bunuh ?). Ini semua dapat dilihat sekarang di dalam TV RTM dan TV 3.

Apabila hal ini berlaku, maka inilah masanya pihak yang difitnah diberi peluang untuk mempertahankan diri dan menjelaskan secara terperinci hal-hal yang penting seperti konsep negara Islam yang ingin diterapkan oleh Parti PAS dan sebagainya. Tetapi puak-puak UMNO langsung tak beri peluang (malahan menindas) kepada mereka untuk membela diri. Maka tindakan UMNO serta saudara seperti inilah yang dikatakan tidak bertamadun dan tidak Islamik.

Tahukah saudara, sebenarnya fitnah yang disiarkan oleh RTM dan TV 3 sekarang sebenarnya hanya menambah kebencian, meningkatkan lagi bilangan musuh dan menyedarkan rakyat lain yang sebelum ini menyokong UMNO tentang sifat-sifat jahat dan jumud UMNO. Apa yang UMNO dapat dari iklan yang menfitnah itu hanyalah 'Syok Sendiri'. UMNO hanya seronok dan merasa puas hati apabila melihat fitnah itu disiarkan di TV, tetapi hati umat Islam sebenarnya hancur dengan sikap UMNO. UMNO yang berdegar-degar bercakap tentang Islam, tetapi secara berdegar-degar juga memburuk-burukkan Islam di seluruh negara. Ia sama sahaja seperti yang dilakukan oleh puak-puak anti Islam di negara-negara lain terutamanya barat.

Di dalam rancangan yang sama juga, saudara mengatakan bahawa undang-undang zalim ISA perlu dilaksanakan di negara ini. Saudara hanya mengambil contoh apa yang berlaku di zaman Saidina Umar. Apa yang berlaku di zaman tersebut adalah lelaki yang handsome itu cuma diarahkan keluar dari tempat tersebut sahaja. Lebih daripada itu tak ada. Tetapi apa yang berlaku sekarang ialah, orang-orang Islam ditangkap dan difitnah sebagai pengganas (KMM ? ), cuba menggulingkan kerajaan dengan kekerasan seperti menggunakan senjata, bahan letupan, mendapatkan bantuan ahli-ahli persilatan, mendapatkan bantuan dari pejuang-pejuang Islam dari negara lain dan bermacam-macam lagi.

Mereka terus ditahan, dipenjara, didera mental dan dipisahkan hubungan dengan ibu bapa, isteri, anak-anak dan saudara mara tanpa dibuktikan kesalahan mereka. Dimanakah bukti-buktinya ?. Cukupkah bukti dengan hanya membuat tuduhan dari mulut sahaja ?. Saudara berkata tindakan ini diambil oleh polis yang membuat siasatan dan sebagainya. Apa siasatan yang telah polis lakukan ?. Adakah dengan hanya menyoal tentang 'berapa kali kamu melakukan hubungan seks dengan isteri kamu. Berapa kali kamu melakukan hubungan seks dengan wanita lain'. Kemudian menuduh isteri orang yang ditahan ISA sedang berpoya-poya dengan lelaki lain semasa orang tersebut berada dalam tahanan. Bertanya lagi tentang sumber kewangan parti dan sebagainya yang lain yang langsung tak ada hubungan dengan fitnah yang dibuat terhadap tahanan ISA. Inilah yang berlaku kepada tahanan- tahanan ISA sekarang.

Dimana bukti tentang senjata-senjata api yang hendak digunakan ?. Dimana dia senapang, bom, pelancar roket dan sebagainya yang dikatakan oleh polis ?. Tanpa apa-apa bukti langsung mereka ini ditahan dan dipenjarakan secara zalim. Bolehkah hal seperti ini diterima oleh akal manusia yang bertamadun ?. Tak terfikirkah oleh saudara bahawa pada hari AKHIRAT nanti kita semua akan dibicarakan oleh Allah swt di padang Masyhar. Bagaimanakah perbicaraan itu dilakukan ?. Setiap perbuatan yang kita lakukan akan dibicarakan dan ditunjukkan bukti oleh Allah swt. Seluruh anggota badan kita akan menjadi saksi tentang apa yang telah kita lakukan. Malahan kita juga akan ditunjukkan semula tentang perlakuan kita semasa hidup. Semuanya dilakukan dengan bukti. Bukankah Allah swt itu maha adil. Tetapi kerajaan UMNO boleh bertindak menangkap orang-orang Islam secara ISA tanpa bukti, tanpa bicara, tanpa diberi peuang membela diri dan difitnah pula secara bertubi-tubi dikhalayak ramai. Inikah yang dkatakan Islamik ?. Kemudian mengaku pula bahawa negara kita negara Islam. Tidakkah saudara dan puak-puak UMNO malu ?. Jika tidak malu pada Allah swt, malulah pada diri sendiri ataupun malulah pada orang-orang bukan Islam yang turut mengatakan ISA adalah zalim (walaupun mereka tidak percaya kepada Allah swt), wahai saudara Nakhaie dan puak-puak UMNO !.

Apabila menonton rancangan "Bicara Islam" itu, saya merasa cukup hairan. Bagaimana saudara dengan muka yang tak malu (kerana mempunyai ilmu agama) boleh berkata kepada seluruh rakyat Malaysia bahawa ISA perlu dilaksanakan. Kemudian menuduh pula orang yang mengkritik tindakan kerajaan UMNO sebagai zalim sebagai orang yang tidak tahu cerita sebenarnya atau tak ada maklumat. Ini zaman sains dan teknologi. Semua maklumat berada dihujung jari sahaja. Maklumat tidak semestinya dari UMNO sahaja. Maklumat boleh didapati dari pelbagai cara pada masa sekarang. Malahan ia juga boleh diperolehi dari anggota polis yang menangkap tahanan ISA itu sendiri. Bukankah polis-polis itu juga adalah manusia ?.

Melihat kepada apa yang saudara lakukan di TV pada rancangan tersebut, ia telah membuktikan kepada saya betapa jumud dan tidak bertamadunnnya fikiran saudara. Bercakap seolah-olah orang lain tidak tahu apa-apa perkara. Seolah-olah orang lain tak ada ilmu dan tak ada akal fikiran. Saudara hanya 'Syok Sendiri' bercakap dan menuduh melalui TV dan media cetak tanpa membenarkan orang lain mempersoal, membincang dan bermuzakarah secara langsung dengan saudara. Sungguh jumud dan memalukan !. Nasib baiklah saya tak ada sebarang hubungan saudara mara dengan saudara. Jika tidak, tak tahulah dimana saya hendak sorokkan muka saya.

- AWANG LEPUK

Nota : Surat terbuka ini telah di e-mel kan kepada saudara Nakhaie melalui e-mel nakhaieyadim@hotmail.com






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 12 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com