UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Oh Indera Kayangan

Assalamualaikum,
Salam sejahtera,
Komen pertama Awedonde ingin luahkan ialah "keganasan"samseng Amno.com sahaja membuat kita kalah.Bukan pertandingan secara gentlemen.Ada betul seorang penulis reformist mengatakan kita berlawan bukan dengan Amno.com tetapi dengan kerajaan pusat. Tahniah pada SPR,POLIS,segala jentera kerajaam yang bertugas secara jujur ketika mengendalikan piliharaya di IK.Segala keikhlasan anda akan tercatit nun di sana.

Tetapi Awedonde cukup terkilan dengan sikap segelintir pelakon-pelakon yang bermain wayang di sana. Jika anda begitu matang,tidak sekali anda memilih BN. Jika anda seorang yang berakal,tidak terfikir oleh anda ketika kegawatan kini ada rombongan untuk membeli-belah. Ehwah...banyaknya duit ketika pertengahan bulan sedangkan pada kakitangan kerajaan mendapat kenaikan 10% sanggup ke utara tanahair untuk bershopping "mopping".

Jika orang yang bangang sahaja menilai acara pilihanraya itu secara gentlemen sebagaimana di beri ulasan oleh beberapa pak menteri.Kamu jangan ingat orang yang kalah tidak semestinya kalah untuk selamanya dan orang yang menang tidak semesti menang selamanya.

Buka otak,fikir secara mendalam wahai rakyat Perlis,selepas ini jangan anda merungut jika ada lagi kenaikan harga barang runcit,barang keperluan pergilah mengadu kepada wakil yang anda pilih kot-kot depa boleh bantu.Awedonde yang ada serba serbi,cukup menampung segala keperluan keluarga masih boleh berfikir untuk orang lain anda yang kita ketahui semua bukan senang untuk mencari sesuap nasi mungkin kurang terfikir. Awedonde tidak dapat berfikir , tidak tahu "kelas" mana orang seperti ini.Tahniah sekali lagi wahai rakyat Perlis kerana anda memilih secara bijaksana tidak sebodoh rakyat Terengganu dan Kelantan memilih BA dan bulan purnama.Sekian

Awedonde(Mati dengan BA)






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 21 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com