UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Diktator Mahathir

Oleh: b_mogg

Semua negara yang ber-demokrasi liberal walaupun berdepan dengan bahaya ‘terrorism’ lebih teruk dari Malaysia tetap tidak mahu menggadaikan hak asasi manusia dan menyekat kebebasan seperti yang di lakukan oleh Dr. Mahathir. Bukan sahaja ISA, hak berhimpun dan bersuara pun telah di lenyapkan oleh Dr. Mahathir. Kalau inilah yang Dr. Mahathir sifatkan ‘kejayaan Malaysia’ membanteras keganasan kerana adanya ISA. Akta Rahsia Rasmi dan lain-lain, Dr. Mahathir sememangnya tanpa disedari telah mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai ‘Diktator Tunggal Asia Tenggara’ yang terulung atau tercanggih.

Dr. Mahathir telah menunjukkan kedangkalan berfikiran dirinya sendiri di mata dunia apabila berbangga bahawa Malaysia dengan peruntukkan undang-undang yang sedia ada dapat membanteras semua keganasan yang boleh menjuruskan huru hara. Rakyat Malaysia sendiri tertawa kerana bukti tentang wujudnya keganasan yang berlaku di Amerika dimaklumkan sekurang-kurang selepas dari hasil dari penyiasatan terperinci yang di jalankan oleh FBI dan CIA. Lain pula kejadian di Malaysia, adapun bukti kewujudan keganasan atau tindakan keganasan di Malaysia setelah mangsa ISA disetorkan di penjara Kamunting hingga ke saat ini tiada bukti daripada pihak keselamatan wujudnya tindakan seumpama itu. Rakyat Malaysia juga memerhati sendiri akan kenyataan Dr. Mahathir terhadap isu-isu keganasan dunia yang melibatkan negara umat Islam ini khususnya kritikan Dr. Mahathir kepada Amerika dan polisi antarabangsanya. Mungkin Amerika tidak menyenangi Dr. Mahathir dengan kenyataan peribadi atau mewakili rakyat Malaysia terhadap polisi Amerika/ Israel yang dikatakan penyebab utama keganasan berlaku, tetapi pada waktu yang sama mengutuk serangan bukan sasarannya. Umum tahu bahawa regime Israel ‘dibela oleh Amerika’ tidakkah serangan keatas Amerika adalah isyarat kepada regime Israel yang menjadi punca segala konflik keganasan dunia? Mengapa Dr. Mahathir hanya beralaskan silap sasaran serangan keatas WTC sebagai tindakan tidak wajar sedangkan sebelum ini Amerika dan regime Israel membunuh beribu umat Islam di Iraq dan Palestine. Dr. Mahathir tidak pula menyatakan silap sasaran nya bahkan mengganggap Palestine dan Iraq sebagai masalah dalaman negara tersebut.

Pembaca harus menilai sendiri kejadian yang berlaku bukannya niat penulis bersetuju secara total dengan kematian beribu manusia tak berdosa di WTC tempohari. Apa yang ingin di nyatakan atau di tekankan disini adalah kenyataan Perdana Menteri kita, Dr. Mahathir yang tidak konsisten atau pembelit No. 1. Di sebalik kritikkannya kepada Amerika terselit sembunyi satu sikap double standard nya kepada isu umat Islam sejagat.

Rata-rata semua negara umat Islam di dunia menunjukkan kemarahan mereka terhadap polisi Amerika kepada kebangkitan Islam secara umumnya. Umat Islam bersama-sama merasa amat simpati terhadap nasib yang menimpa saudara mereka di Afghanistan, Checnya, Bosnia, Kashmir dan kemuncaknya di Palestine.

Ada pun pemimpin sekular dari negara umat Islam mungkin mempunyai perasaan yang sama simpati tetapi mereka lebih mementingkan lagi survival politik nya dari menentang dasar polis dunia Amerika dan sekutu-sekutunya. Gerakan Islam menjadi mangsa golongan pemimpin sekular ini dan mereka dituduh extremist atau puak pelampau militan yang boleh menjurus kepada keganasan yang melampau. Pemimpin sekular negara umat Islam ini khuatir jika gerakan Islam mengambil alih tampuk pemerintahan negara, Perlaksanaan Islam berwibawa akan tertegak dan sekali gus melenyapkan wajah sekular mereka. Lebih penting dari itu Amerika akan terasa terancam kerana hanya kuasa Islam yang akan menentukan ‘konflik terakhir’ percaturan politik dunia selama ini.

Dikalangan pemimpin negara umat Islam ini agak memeranjatkan ialah apabila Perdana Menteri Malaysia ini yang ‘futuristik dan berpandangan jauh’ masih belum paham niat politik licik Amerika!!

Uncle Sam pun tabik pada Hang Tuah akan Negara Islam kita!?






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 13 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com