UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Metamorphosis - Mahathir

Selepas pemergian Tun Daim yang agak mengejutkan pada pertengahan tahun lalu, Mahathir belum lagi memutuskan atau menjumpai seorang calon yang layak untuk menerajui kewangan negara kita. Mahathir sendiri terpaksa menanggung beban jawatan itu di samping tugas nya yang utama sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Pembaca tentu ingat akan dalam sebuah wawancara televisyen dengan agensi Bernama baru-baru ini, Mahathir pernah berkata bahawa dia sedang mencari calon yang layak untuk memegang jawatan Menteri Kewangan, tetapi belum menemui calon yang sesuai. Apakah kriteria yang di anggap nya paling penting untuk seseorang menjawat Menteri Kewangan? Kepayahan yang di hadapi oleh Mahathir untuk mencari calon yang sesuai telah menjadi persoalan banyak orang yang sedang memerhatikan gelagat nya. Jika Mahathir bersandarkan kriteria berpengetahuan ekonomi untuk menjawat jawatan tersebut, maka secara otomatis kita boleh mentafsirkan bahawa kebanyakkan pemimpin yang ada didalam kabinet yang sedia ada sekarang adalah golongan orang yang pekat dungu-bangang belaka yang tidak layak membangunkan ekonomi dan sector kewangan negara (tidak berpelajaran).

Beliau juga membayangkan bahawa dia sebenarnya inginkan seorang Menteri Kewangan yang telus dan bersih, gambaran tempisan ini adalah di fahamkan khusus ditujukan kepada Tun Daim ketika menjawat Menteri Kewangan. Yang mana pandangan sesetengah pemerhati menganggap bahawa dasar ekonomi kerajaan pada ketika Tun Daim sebagai Menteri Kewangan tidak kelihatan bersih dan telus malah boleh di kategori kan yang paling bancau.

Kenyataan ini menampakkan atau membuka pekung beliau sendiri. Sejak bila pula beliau amat menitik berat kan bersih dan telus? Walhal keadaan ekonomi dan perniagaan di Malaysia semasa era Tun Daim mempunyai reputasi yang amat buruk dengan mengamalkan korupsi dan kronisme tidak pula beliau risau akan keadaan tersebut.

Pembangunan ekonomi Malaysia sebenarnya tidak pernah kelihatan bersih kerana kerajaan tidak pernah mempertahankan ketelusan dan keterbukaan sebagai elemen penting dalam pembangunan ekonomi negara.

Apabila mantan Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim memperkenalkan undang-undang anti korupsi yang tegas pada tahun 1996 (ketika Mahathir bercuti), kita sudah mula nampak tanda-tanda bahawa pimpinan kerajaan lain tidak senang dengan tindakan Anwar Ibrahim.

Apakah kita rakyat Malaysia lupa akan bagaimana Mahathir secara terang-terangan dan tanpa segan silu mempertahankan dominasi kroni-kroni Tun Daim dan landskap perniagaan Malaysia?

Menurut Mahathir, mereka (yang termasuk lah anak-anak nya) dipilih untuk menerajui perniagaan yang mendapat layanan istimewa kerajaan ini keran mereka mempunyai kebijaksanaan berniaga.

Dia turut memainkan sentimen perkauman dengan mengatakan bahawa orang Melayu harus berbangga dengan kejayaan yang di miliki oleh segilintir puak-puak ini yang sudah menjadi tokoh korporat dan jutawan yang berjaya. Malah setanding dengan ahli korporat berbangsa Cina. Dengan megah beliau menyatakan kesemua kejayaan ini adalah kerana dasar-dasar yang di terapnya.

Namun, apa yang sudah berlaku sekarang? Setiap legitimasi beliau sudah menjadi kegagalan yang amat memalukan.

Implikasi kegagalan ini adalah bahawa beliau tidak tahu menilai kelayakkan dan kebijaksanaan seorang usahawan dan dasar kerajaan beliau telah meng aibkan orang melayu sendiri.

Yang menjadi scapegoat dalam permasalahan ini tidak lain adalah bekas Menteri Kewangan Tun Daim sendiri, ini kerana Mahathir seperti biasa tidak mahu mengaku akan kesalahan sendiri

Dengan kekosongan tempat Menteri Kewangan yang telah dipangku oleh Mahathir sendiri, kita dapat menyaksikan pola semasa akan percaturan politik UMNO yang mana wujud satu keadaan vacuum di antara pimpinan tertinggi UMNO. Mungkin pembaca tercari-cari mengapa? Kebanyakkan jawatan Perdana Menteri telah di isikan daripada pemimpin yang pernah menjawat jawatan Menteri Kewangan. Ia merupakan satu penunjuk penting untuk menjadi Perdana Menteri dan Mahathir belum lagi dapat mencari pengganti yang sejiwa dengan nya.

Dan penulis membayangkan bahawa jika Mahathir masih lagi memegang jawatan Menteri Kewangan, implikasi untuk membangunkan ekonomi dan pembangunan negara untuk jangka masa panjang amatlah merisaukan. Ini kerana komitmen Mahathir atas pemulihan ekonomi danan pembangunan negara hanyalah bersifat jangka masa pendek, bagi beliau survival politik adalah satu perkara yang paling penting dalam situasi sekarang.

Kita rakyat Malaysia, terlalu amat berbangga apabila kita di sogokkan dengan pembangunan, dengan digambarkan kerancakkan ekonomi negara yang kurang realistik dengan keadaan yang realiti. Semua langkah ini adalah sekadar pemulihan untuk jangka masa pendek.

Begitulah keadaan perkiraan Mahathir untuk memastikan survival politiknya sendiri. Mungkin itulah kriteria yang paling utama untuk menjawat Menteri Kewangan; sanggup mengikut arahan dan acuan yang di tetapkan oleh Mahathir, dan sanggup pula menerima kecaman jika dasar itu gagal.

Metamorphosis






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com