UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pilihanraya IK: BA akan jadikan pilihanraya 'referendum rakyat' terhadap kegawatan MCA

KUALA LUMPUR: Pemimpin-pemimpin BA membayangkan bahawa peluang calon keADILan untuk memenangi pilihanraya kecil Indera Kayangan menjadi lebih cerah akibat pergolakan dalaman MCA.

Baru-baru ini, Naib Presiden keADILan, YB Azmin Ali yang juga Pengarah Pilihanraya keADILan mengatakan bahawa walaupun keADILan tidak berniat untuk campur tangan di dalam hal ehwal dalaman MCA, pilihanraya kecil Indera Kayangan sepatutnya dijadikan 'referendum rakyat' untuk memberi isyarat kepada MCA.

Isyarat yang dimaksudkan, jelas beliau lagi, adalah penolakan rakyat terhadap jenis politik yang berleluasa di dalam parti-parti komponen BN.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ceramah mingguan di kediaman Dato' Seri Anwar baru-baru ini.

Pilihanraya kecil DUN Indera Kayangan akan diadakan pada 19 Januari ini, dan bakal menyaksikan pertembungan satu lawan satu di antara keADILan (BA) dan MCA (BN).

Sementara itu, sentimen yang sama disuarakan oleh Pesuruhjaya PAS Perlis yang juga ADUN Sanglang YB Hashim Jasin. Beliau memberi contoh pertelingkahan dalaman UMNO Perlis, di samping pergaduhan di dalam MCA.

Menurut YB Hashim, perlantikan Tan Sri Muhammad Mat Taib sebagai Pengarah Pilihanraya menunjukkan bagaimana kepimpinan pusat UMNO menyedari pertelingkahan di antara puak-puak di dalam UMNO Perlis.

Akibat reaksi buruk ekoran perlantikan itu, UMNO baru-baru ini mengumumkan perlantikan Menteri Besar Tan Sri Shahidan Kassim sebagai pengarah bersama pilihanraya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 5 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com