UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Team A dan Team B MCA enggan nyatakan bagaimana bentuk kerjasama sepanjang kempen

KUALA Lumpur: Ketua Pemuda MCA yang digantung, Datuk Ong Tee Keat, enggan menyatakan bentuk kerjasama di antara kumpulan beliau di dalam MCA dengan kumpulan yang diketuai presiden Datuk Seri Ling Liong Sik sepanjang kempen pilihanraya Indera Kayangan.

Apabila ditanya wartawan baru-baru ini apakah beliau akan bekerjasama dengan Ling semasa berkempen, beliau menjawab:

"Agenda utama kita adalah pilihanraya kecil ini. Sama ada kami berjumpa atau tidak (sepanjang kempen) itu tidak penting."

Ong adalah salah seorang daripada lapan anggota JK Pusat MCA yang menentang kepimpinan Ling Liong Sik. Kumpulan yang diketuai Datuk Lim Ah Lek ini dijangka akan 'bertempur' habis-habisan dalam pilihanraya MCA Jun depan.

Perbalahan dalaman parti perkauman kedua terbesar BN itu baru-baru ini menyebabkan Ong digantung daripada jawatannya sebagai Ketua Pemuda.

Jawapan Ong itu menguatkan lagi spekulasi bahawa perbalahan dalaman MCA akan merebak ke kempen pilihanraya kecil ini, yang mana Kumpulan A dan B akan mengelolakan kempen secara berasingan di berlainan tempat.

Pemimpin kedua-dua kumpulan telahpun dipanggil oleh Perdana Menteri baru-baru ini, walau bagaimanapun mereka dilaporkan berjumpa Pengerusi BN itu secara berasingan.

Pemimpin UMNO bimbang keretakan MCA itu akan membawa parah kepada calon BN memandangkan berdasarkan keputusan pilihanraya umum yang lalu, lebih 75% undi Melayu berpihak kepada BA.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 9 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com