UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




BN cetak baju Osama bin Laden dengan lambang keADILan untuk takutkan pengundi

IK: Bilik Gerakan BA di sini telah mendapat maklumat bahawa baju-baju kemeja T yang mempunyai wajah Osama bin Laden dan lambang keADILan telahpun dicetak untuk dipakai oleh samseng upahan BN.

Ini dipercayai satu lagi gerakan kotor terancang mereka untuk menakut-nakutkan pengundi, sekaligus memfitnah keADILan dan BA.

Sebelum ini, kerajaan BN telah menyalahgunakan saluran media RTM yang dibayar dengan wang rakyat untuk menyiarkan propaganda menuduh BA bersikap ekstremis. Propaganda yang disifatkan mirip propaganda Nazi oleh Pengerusi DAP Lim Kit Siang itu mengugut rakyat, terutamanya orang Cina bahawa BA akan mewujudkan sebuah kerajaan ala Taleban jika dipilih.

Kejadian keganasan semakin menjad-jadi akhir-akhir ini menjelang hari pengundian.

Setelah kereta, harta benda dan bilik-bilik gerakan BA digeledah dan dirosakkan, lebih 100 orang petugas BN berlagak samseng hujung minggu lalu dengan menculik dan memukul EXCO Pemuda keADILan Saudara SD Johari Yassin.

Beliau yang cedera di seluruh tubuh telah mendapat rawatan di hospital dan membuat laporan polis.

Setakat ini, lapan orang telah ditangkap berhubung peristiwa penculikan dan belasah ala gangster itu.

Jurucakap keADILan di sini percaya sokongan yang semakin terbuka ditunjukkan oleh penduduk Cina di sini kepada keADILan semakin membimbangkan BN.

Oleh itu, menjelang hari pengundian, adalah dijangkakan samseng-samseng yang sering dikaitkan dengan Menteri Besar tan Sri Shahidan Kassim akan membuat kacau di bandar Kangar sambil memakai baju Osama bin Laden berlambangkan keADILan itu.

Dipercayai ia akan turut disiarkan di media perdana, oleh itu Bilik Gerakan keADILan meminta penyokong BA di seluruh negara memberi amaran lebih awal kepada keluarga dan rakan mengenai perkara ini.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com