UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Iran tubuh tribunal bicarakan Ariel Sharon

TEHRAN 16 Jan. - Parlimen Iran meluluskan rang undang-undang untuk menubuhkan sebuah tribunal khas bagi membicarakan penjenayah perang terutamanya para pemimpin Israel termasuk Perdana Menteri rejim Yahudi itu, Ariel Sharon.

Rang undang-undang itu diluluskan tanpa bantahan pada pembacaan pertama oleh majoriti ahli dewan.

Usul tersebut dibentangkan oleh Ali Akbar Mohtashami-Pur, seorang bekas duta ke Damsyik yang membantu mendirikan pergerakan Hizbullah.

Pergerakan bersenjata Syiah itu dikenali sebagai kumpulan pejuang yang gigih menentang pendudukan Israel tetapi dicap sebagai pertubuhan pengganas oleh Washington.

Teks rang undang-undang memperuntukkan penubuhan sebuah tribunal yang akan membicarakan `penjenayah perang dan pengganas.'

Ali segera membangkitkan nama Sharon semasa perbahasan dengan berkata, pemimpin Israel itu patut disenaraikan di kalangan tertuduh.

Perdana Menteri Israel dilabel sebagai pengganas di Iran terutamanya kerana peranan beliau sebagai Menteri Pertahanan semasa pembunuhan beramai-ramai pelarian Palestin di kem Sabra dan Shatila di Lebanon pada 1982 dan kerana usahanya untuk menghancurkan intifada Palestin sejak lebih setahun lalu.

``Jika tribunal didirikan di Tehran, ratusan orang dari seluruh dunia akan datang untuk memfailkan aduan terhadap rejim Zionis,'' kata Ali dalam komen yang turut mengutuk Amerika Syarikat (AS) dan Britain kerana terus menyokong Israel.

Iran mengutuk serangan berani mati di AS pada 11 September lalu tetapi menolak takrif keganasan yang diberikan oleh Barat.

Pada Tehran, Israel sebuah `negara pengganas' manakala pergerakan Hamas, Jihad Islam dan Hizbullah adalah pertubuhan pejuang yang menentang pendudukan Israel. - AFP






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 17 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com