UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Tahanan Al Qaeda diberi layanan seperti binatang

Tahanan perang dari kumpulan al Qaeda yang dibawa ke kem tahanan di Cuba telah diberi layan yang cukup menyeksakan.

Mereka ini diikat kaki dan tangan dengan rantai pada setiap waktu tak kira sama ada siang atau malam. Mata mereka ditutup, walaupun berada di dalam kem tahanan yang cukup lengkap dengan pagar duri 'German Grid' dengan aliran elektrik.

Mereka ini tidak ada kebebasan hanya dibuka seberapa ketika untuk mengelakkan kebas dengan sedikit senaman pada waktu pagi kemudian mereka ini akan diikat semula dengan rantai yang mengurang pergerakkan.

Malah semasa tahanan makan rantai juga tidak dibuka, mereka ini makan seolah-olah seperti binatang. Menurut sumber lain pula, makanan mereka ini telah dicampurkan dengan makanan haram seperti daging babi dan campuran arak dalam minuman bagi memusnahkan akidah mereka. Mereka menggunakan tektik Yahudi ini kerana menurut sumber tersebut orang Islam akan rosak keimanan dan mudah disoal-siasat apabila darah dagingnya bercampur baur dengan makanan haram.

Mereka ini memang tidak diberi kebebasan untuk menunaikan solat, malah sebahagian daripada mereka telah dikawal rapi untuk mengelakkan daripada berhubung antara satu sama lain agar mereka ini tidak boleh nasihat menasihati antara satu sama lain bagi mengukuhkkan keimanan.

Tahanan yang jauh daripada mata dunia serta tidak bebas daripada wartawan dan dunia luar adalah cara untuk menyeksa mereka ini sehingga mereka bertukar akidah. Setakat ini belum ada maklumat yang sah tahanan diseksa secara fizikal. Hanya tahanan diseksa secara psikologi sahaja.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 27 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com