UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Wartawan Wall Street Journal dicolek militan Pakistan

Sebuah kumpulan militan Pakistan yang mendesak supaya tawanan Al-Qaeda yang ditahan di Cuba diberi layanan baik mendakwa ia telah mencolek Ketua Biro Asia Selatan akhbar Wall Street Journal, Daniel Pearl, 38 yang dilaporkan hilang minggu lalu. Kumpulan yang mengenalkan dirinya sebagai Pergerakan Kebangsaan bagi Kedaulatan Pakistan telah menghantar gambar menerusi e-mail wartawan itu. Satu mesej yang hantar bersama gambar itu kepada pejabat-pejabat akhbar di Amerika berkata sewaktu ditahan Pearl diberi layanan buruk sama seperti yang dilalui oleh tahanan Al-Qaeda yang ditahan di Teluk Guantanamo, Cuba. Menurut mesej itu lagi Pearl akan diberi layanan baik sekiranya keadaan di kem X-Ray berubah dan tahanan Pakistan dihantar pulang. Pearl hilang sewaktu beliau berada di Karachi untuk menemuramah para pemimpin kumpulan militan Islam di bandar itu. Polis Pakistan percaya wartawan itu dicolek oleh kumpulan Harkat ul-Mujahedeen yang diketahui rapat dengan rangkaian Al-Qaeda.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com