UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Penculik dakwa wartawan ejen CIA

NEW YORK 28 Jan. - Sebuah kumpulan mengaku bertanggungjawab menculik seorang wartawan Wall Street Journal (WSJ ) yang dilaporkan hilang di Pakistan dan dikatakan sedang ditahan dalam keadaan `tidak berperikemanusiaan' sebagaimana tahanan Al-Qaeda di Teluk Guantanamo, Cuba, lapor akhbar itu semalam.

Gerakan Kebangsaan Bagi Mengembalikan Kedaulatan Pakistan telah menghantar satu e-mel kepada akhbar itu dengan mendakwa bahawa Daniel Pearl adalah seorang pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang menyamar sebagai wartawan.

Akhbar itu juga melaporkan bahawa e-mel tersebut turut disertai dengan empat gambar Pearl yang salah satunya menunjukkan kepala dia diacukan dengan pistol.

Dalam e-mel itu juga, kumpulan tersebut menuntut layanan yang lebih baik diberikan kepada para tahanan Al-Qaeda oleh tentera Amerika Syarikat (AS) di Teluk Guantanamo, Cuba.

Sementara itu, sumber polis di Pakistan yang enggan dikenali memberitahu Associated Press bahawa mereka percaya Pearl telah diculik oleh kumpulan Harkat ul-Mujahideen yang mempunyai hubungan rapat dengan rangkaian Al-Qaeda.

Sejumlah besar anggota kumpulan itu dilaporkan terbunuh semasa kempen pengeboman dijalankan oleh tentera AS di Afghanistan.

Pearl, 38, wartawan WSJ yang berpusat di Bombay, India dilaporkan hilang sejak Rabu lepas setelah pergi menemui seorang pemberi maklumat di Karachi, Pakistan berhubung kegiatan pengganas, lapor akhbar itu.

Dalam pada itu, kedua-dua belah pihak, WSJ dan CIA menafikan pembabitan Pearl dalam agensi perisikan itu.

``Walaupun pihak kami (CIA) jarang membincangkan perkara sebegini, Daniel Pearl tidak pernah bekerja dengan kami,'' kata jurucakap CIA, Anya Guilsher kepada AP.

Kumpulan itu dilaporkan turut menuntut pembebasan bekas duta Afghanistan ke Pakistan, Abdul Salam Zaeef yang kini berada dalam tahanan AS. - AP






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 30 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com