UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Hujah pembela Ust Shamsuri lemah dan bercanggah

Saya mengikuti isu Ust Shamsuri dan berhasrat untuk membuat ulsan berdasar hujah-hujah yang dikemukan di laman ini.

Pertama saya ingin nyatakan, saya bukanlah anak murid kepada Ust Shamsuri dan bukan juga pengikut kuliahnya. Saya ingin mengulas atas dasar sayangkan perjuangan Islam dan sayang kepada pengikut-pengikut perjuangan Islam.

Merujuk kepada hujah yang menyatakan ustaz dijemput untuk forum agama tapi sedar bila sampai disama dengan lambang dacing. Hujah ini langsung tak boleh diterima akal. Apakah Ustaz Shamsuri tak tahu di Perlis, Indera Kayangan sedang berlangsung pilihan raya kecil ?

Jika kita terima hujah ustaz tidak tahu dan dia diambil oleh SB dengan pajero. Habis kenapa ustaz boleh mengikut SB? Kenapa pula terlalu ramai anak muridnya yang ada di tempat ceramah itu. Saya baca dua artikal menunjukkan dua kumpulan (satu pro satu kontra) anak muridnya bersama-sama semasa ceramah itu. Kalau Ustaz Shamsuri sendiri tak tahu tempat dituju, pelik anak murid dia lebih cepat mengetahui.

Kemudia ada 2 lagi percanggahan satu mengatakan dengan pajero satu lagi kata dengan kereta sendiri. walahulam siapa yang betul.

Sdr Spamj berhujah kita tak bolehlah tuduh sebarangan sambil mengemuka hujah kuliah dan keset Ust Shamsuri. Saya nak jawab mudah aje, saudara Spamj tahu tak siapa penulis ucapan dasar muktamar Agong PAS sebelum ini, seperti Kebangkitan menentang Assobiyyah, Tajdid Hadari dan lain-lain. Penulisnya ialah Ust Nakhaei. Beliau juga pernah menaip satu kertas kerja tanpa merujuk sebarang teks dan kertas kerjanya dibahas seluruh negara oleh ahli pas dalam usrah-usrah dan halaqat.

Saya cukup bersetuju dengan sdr Spamj bahawa musuh Islam akan mejatuhkan kita. Mereka pandai untuk melemahkan kita membeli, dan akan mengelirukan kita sehingga kita terjebat dengan tipu helahnya. Tak kira ilmu kita hebat mana musuh Islam terutama syaitan akan cuba menyelewengkannya.

Saya juga ingin mengulas tulisan sdr MN yang mengatakan gopoh sifat syaitan, saya berpendapat bahawa ustaz shamsuri gopah dalam membuat penilaian untuk menyertai forum agama tersebut. Saya tak setuju jika saudara kata orang yang membincangkan isu ini sebagai gopoh. Tidak ada fitnah di sini dan tidak salah jika anak murid atau mana-mana pencipta Islam dan perjuangan Islam untuk bercakap isu ini. sdr Anak Muridmu dalam tulisannya juga menyatakan ust Shamsuri menfitnah diri sendiri, bukan satu fitnah. Saya rasa saudara faham erti 'membawa fitnah' dalam konteks dakwah.

Apakah saudara rasa ini perkara kecil, yang boleh dipandang mudah. Sesiapa sahaja boleh berada di pentas musuh dengan alasan berdakwah atau dengan pelbagai alasan. Sepatutnya kita terimalah hakikat manusia tidak luput daripada membuat kesilapan dan sebaik-baik membuat kesilapan sedar akan kesilapan, bertaubat. Sirah perjalanan Rasulullah juga menyebut bagaimana mereka yang tidak hadir dalam perang Tabuk telah dipulau oleh Rasulullah s.a.w. Adakah perbuatan ini tidak membuat diri orang yang dipulau itu merasa sedih, kecil hati, kecewa dan jatuh maruah. Tapi Allah s.w.t. menujukkan kepada kita hanya keimanan sahaja akan berjaya. Jadi apa nak dirunsingkan saya rasa Ust Shamsuri telah menerima akibat daripada kesilapannya dan anggaplah ini sebagai pengajaran buatnya. Allah pasti menguji orang-orang yang beriman.

Saya tak setuju pendapat sdr MN yang mengatakan bila kita nampak di pentas terus kita membuat tuduhan. Rasulullah s.a.w. mengajar kita supaya mengelak daripada membawa fitnah. Adakah berada dipentas musuh tidak membawa firnah ? Saya harap saudara MN berfikir dahulu sebelum membuat hujah.

Saya juga amat tak besetuju dengan hujah saudara yang mengatakan Dijemput atas nama forum agama dan tazkirah untuk BN supaya buka hatinya. Hujah ini telah idea dan tak manasabah.

Saya juga kecewa dengan saudara apabila saudara mengatakan orang yang berbicara isu ini sebagai berfikiran sempit dan cepat melatah. Bagi saya isu ini bukan isu kecil.

Berkaitan hujah sdr Abu Ubaidah; mengatakan penulis Anak Muridmu menghukum Ustaz Shamsuri sebagai belot tidak tepat, seperti yang saya kata di atas 'menfitnah diri sendiri' serta meluahkan rasa kecewa dan hampa kepada seorang guru yang disayangi.

Saya tak setuju untuk berbicara dari sudut postif, kerana saya juga boleh menyatakan disini boleh berbicara dari sudut negetif. Jangan kita anggap semua orang akan berfikiran positif, akan ada orang yang berfikiran negetif. Ini semua hujah-hujah karut nak sedap bercakap bolehlah.

Saya petik beberapa hujah sdr Abu Ubaidah antaranya ialah "Ustaz Shamsuri bijak menggunakan kesempatan dalam melakarkan idea dan hujah", "Ustaz Shamsuri. Mesejnya jelas. Medannya cantik. Kupasan dan idealismenya mampu memukau dan mengalih kecenderungan minda pimpinan dan penyokong BN pada malam itu.", "sebagai pendakwah dan penuntut ilmu janganlah membuat satu tafsiran yang salah dengan menghukum seseorang yang belum pasti bersalah semata-mata berdasarkan nafsu dan kecenderungan politik membabi buta. Bukalah minda kita dan ingatlah bahawa strategi ke arah mendidik ummah itu lebih penting " dan "Kepada rakan-rakan yang saya kira masih cetek dan dangkal dalam persada politik dan persada strategi..."

Saya pelik dengan hujah saudara, tahukah saudara Ust dengan jelas memberi tahu bahawa dia tidak tahu pun dia nak di bawa ke pentas BN. Habis apa dia olah cantik strategi elok dan macam-macam yang merapu semata-mata nak menunjukkan ustaz seorang yang bijak mengambil kesempatan kempen UMNO/BN untuk menerangkan Islam. Patutlah undi BA makin berkurangan !!

Satu lagi hujah saudara iaitu "Ingatlah bahawa Mursyidul Am PAS, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pun pernah berceramah dan menziarahi kuil Buddha dan Tokong Cina dan bercakap soal Islam." Saudara menyamakan kehadiran Tuan Guru Nik Abd Aziz atas nama PAS dan kerajaan dengan kehadiran ustaz sebagai ahli panel adalah sama. Hujah yang dangkal, tahu tak saudara dengan kehadiran Ust pada ceramah malam itu sebahagian pengikut UMNO juga mengatakan Ustaz yang warak dan terkenal pun berceramah pada UMNO dan menyokong calon MCA tidak seperti Ust Fadhil yang merupakan Ulama politik !

Saya rasa kenyataan webmaster tentang ulama menyokong jahiliyyah patut dibaca.

Maaf saya hanya sekadar berhujah untuk mencari kesilapan untuk kita muasabah bersama. Tiada kepentingan di sini, sebab saya tak kenal saudara-saudara dan juga Ust, tapi sekadar melepas rasa terbuku dihati tentang isu ini. maaf sekali lagi.

Pencinta Islam






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 29 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com