UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




DISEBALIK TRAGEDI BANJIR DI PAHANG - Vol 2

Assalammualaikum WBT,

Bersua kembali , dah hampir dua minggu Cucu menghilangkan diri. Yang sebebarnya Cucu begitu sibuk menguruskan harta benda Cucu yang tenggelam dalam banjir yang melanda Kuantan baru-baru ini.

Seperti yang Cucu janjikan tempohari, di sini Cucu ingin dedahkan kepada pembaca semua apakah yang terjadi kepada kaum kerabat Cucu semasa banjir besar melanda Kuantan baru-baru ini. Perkara ini terpaksa Cucu dedahkan untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat di negeri Pahang ini khasnya dan Malaysia amnya tentang sikap para pemimpin UMNO yang sebenarnya. Dengan terjadinya Tragedi Banjir di Kuantan ini maka terbukalah pekong UMNO selama ini. Perkara ini juga patut dijadikan ikhtibar oleh para pengundi yang akan keluar mengundi di kawasan DUN Indera Kayangan Perlis tidak lama lagi.

Antara kejadian-kejadian yang berlaku semasa banjir tempohari ialah :-

1. Penebangan Balak yang berluasa di hulu kawasan Sungai Lembing adalah faktor utama yang menyebabkan terjadinya banjir lumpur di Kuantan. Ini dapat dibuktikan lagi dengan laporan JPS / JBA yang mengatakan tadahan air di Empangan Sg. Kobat terpaksa dilepaskan kerana kayu-kayu balak yang turut hanyut bersama arus yang deras itu dikhuatiri akan meruntuhkan tembok Empangan Sg. Kobat. Ini disebabkan hujan yang tidak berhenti-henti selama 48 jam telah membuatkan arus deras dan menghanyutkan sama kayu-kayu balak yang ditebang dikawasan terbabit. Ini kerja Siapa !!!!!!!!! Kalau bukan kerja orang-orang UMNO yang menghabis dan mengondolkan hutan semata-mata untuk kepentingan peribadi mereka. Kawasan hutan yang ratusan hektar itu telah menyebabkan tadahan air hujan tidak berlaku dan inilah punca utama yang meyebabkan segala lumpur-lumpur terbabit dibawa bersama arus sungai yang deras tersebut. Apa yang menghairankan ialah daerah-daerah lain yang turut mengalami banjir seperti Temerloh, Bera, Maran dan Pekan airnya adalah jernih dan tidak berlumpur seperti yang melanda taman-taman perumahan sekitar Kuantan.

2. Mangsa Banjir kebuluran di Pusat Penempatan Banjir. Ini berlaku akibat daripada kelemahan pihak berkuasa dalam menangani masalah ini. Cucu rasa tentu pihak-pihak terbabit lebih dahulu tahu dan membuat persediaan ketika menghadapi banjir. Sepatutnya makanan serta lain-lain keperluan mangsa banjir telah disediakan namun ini tidak berlaku. Sehinggalah Tuanku Sultan Pahang sendiri meninjau ke kawasan-kawasan terbabit. Di tempat Cucu iaitu di Sek. Keb. Batu Tiga Jalan Gambang Kuantan, tiada makanan dan minuman hingga pukul 5.00 petang. Bayangkan kaum kerabat Cucu meredah air meninggalkan rumah untuk menyelamatkan diri seawal pukul 2.00 atau 3.00 pagi lagi !!!. Maka ramailah yang kebuluran pada hari tersebut. Mujurlah ada rakan-rakan Cucu yang bersimpati akibat Majlis Perkahwinan anak mereka tidak dapat dijalankan lalu meyedekahkan segala makanan kenduri tersebut untuk mangsa banjir. Manakala itu terdapat juga para peniaga di seberang Sek. Batu Tiga yang bermurah hati menghulurkan derma makanan ringan untuk mangsa banjir termasuklah Cucu sendiri. Terima Kasih Tokey..lu memang baik ati woo..bukan macam itu Olang UMNO .manyak Jahat oooo !!!!!!!

3. Pasukan penyelamat Lembab dan lambat . Ini menyebabkan ramai dikalangan mangsa-mangsa banjir terpaksa meninggalkan rumah masing-masing dengan meredah air separas pinggang dan dada masing-masing. Perjalanan meredah air mengambil masa antara 45 hingga satu jam, ini kerana jarak untuk ke tempat selamat iaitu di jalanraya Kuantan-Gambang lebih kurang 0.5 hingga 1.0 km dari tempat tinggal masing-masing. Cuba pembaca bayangkan keadaan tersebut. dengan menggendong anak-anak kecil dan menjunjung beg-beg pakaian masing-masing..kami meredah air dalam kesejukkan, suatu pengamalan ngeri yang tidak pernah Cucu bayangkan selama ini. Air banjir deras pulak tuu..terdengar suara tangisan di sana sini..sedih betul Cucu tengok keadaan tersebut. namun bila terfikirkan tentang Umat Islam di Afghanistan yang mengalami nasib yang lebih teruk dari ini sedikit melegakan hati dan perasaan Cucu. Di sepanjang perjalanan meredah air kelihatan banyak kenderaan yang tersadai dan menurut laporan lebih 2000 buah kenderaan yang ditenggelami air semasa kejadian tersebut, ini termasuklah kereta Cucu..sedihnya rasa di hati.. apa yang lebih menyedihkan ialah ada diantara mangsa yang terdiri dari orang-orang tua, ibu mengandung dan ibu yang baru bersalin pun turut terpaksa menyelamatkan diri dengan meredah arus yang deras itu. Pasukan penyelamat yang tiba tidak membawa kelengkapan yang cukup, sekadar membawa bot injin kemudian tidak berani masuk ke kawasan-kawasan yang lebih banyak mangsa kononnya takut tersangkut injin bot, walhal mereka boleh turun dari bot, menggangkat injin dan menolak bot tersebut..tapi mereka malas...inilah yang berlaku...!!!!!!!

4. Mana hilangnya pemimpin UMNO ? Ini berlaku, sepanjang Cucu berada di kawasan terbabit dengan banjir tidak seorang pun pemimpin UMNO yang datang melawat ke kawasan terbabit. Kabarnya orang-orang UMNO Pahang tak mahu turun ke kawasan terbabit keranan kawasan tersebut adalah milik PAS . Kawasan DUN Penor adalah dibawah pentadbiran PAS kononya, maka menjadi tanggungjawaba YB Cikgu Abd. Aziz Long untuk menjalankan tugasnya. Apa ker BANGANG nya orang-orang UMNO niii.. Termasuklah YAB Menteri Besar Pahang Dato' Nan Pu Ti Nan..Koi Pu Ti Koii.. Batang hidung langsung tak nampak.. Mana pegi nyer EXCO Kerajaan Negeri Pahang. Bangang betul adaker BANJIR dicampur adukkan dengan POLITIK !!!! Bukankah di kawasan tersebut juga terdapat ramai orang-orang UMNO..Sedih Cucu tengok keadaan ini.. INilah dia kerja para pemimpin UMNO. !!!! Yang menjadi mangsa seluruh warga PENOR.. Cucu juga dengar dari beberapa orang pemimpin UMNO yang turut menjadi mangsa .." Kalau macam nilah keadaannya jangan haraplah BN akan dapat mengambil alih kerusi DUN Penor dalam Pilihanraya akan datang..Aku pun akan pangkah PAS !!!! :". Inilah yang berlaku.. Semoga PAS akan terus berkuasa di DUN Penor dan Di Pahang hendaknya !!!!!!!.

5. Sultan Pahang berjiwa Rakyat .. Tahniah dan Syabas Cucu ucapkan kepada DYMM Tuanku Sultan Pahang. Sultan Hj. Ahmad Shah dan anakanda baginda Tengku Mahkota Pahang yang sememangnya benar-benar berjiwa rakyat. Bayangkan Sultan Pahang membantu memindahkan mangsa banjir dari sek- Keb. Batu Tiga ke tempat lain kerana Sekolah tersebut turut ditenggelami air. Sultan Pahang berada di situ sejak jam 4.00 petang hinggalah jam 9.00 malam ..Bayangkan baginda sanggup bertunggus lumus turun ke padang bagi melawat rakyat baginda yang dilanda musibah besar. Terdengar juga rungutan banginda " Mana perginya MB..mana perginya JP serta orang-orang besar yang Beta anugerahkan pingat kebesaran ?" . Baginda benar-benar kecewa kerana dikala rakyat jelata ditimpa musibah orang-orang yang baginda berikan pingat ini bersenang lenang berehat di rumah .... Sikap baginda amatlah dihargai.. Cucu sempat berbual dengan baginda pada malam tersebut.. Selepas semua mangsa dipindahkan , baginda kemudian menyusul pula ke Tempat-tempat Perpindahan banjir, untuk memastikan semua mangsa mendapat makananserta keperluan yang mencukupi....Itulah dia Sultan Pahang ..Bukan macam MB Pahang tuuu.... Yang lucunya selepas Sultan Pahang menyindir para pemimpin dan VIP barulah kelihatan beberapa orang pemimpin UMNO Negeri yang berlari-lari ingin menyangkan muka kepada Baginda..Sudahlahh tuu wahai pemimpin UMNO...Nak berlakon konon.

Cucu rasa cukuplah setakat ini dulu laporan banjir dari Cucu di Kuantan ini. Sekadar makluman untuk seluruh warga Tranungkite yang tidak mengetahui perkara-perkara yang berlaku di sebali Tragedi Banjir tersebut. Alhamdulillah buat masa ini cuaca di Kuantan ni dah semakin baik . kepada mangsa-mangsa banjir selamat mengemas rumah..Cucu sedih bila tengok ramai yang membuat TV, Peti Ais, perabot, Sofa, Almari, Set Bili Tidur dan tidak kurang juga yang membuat PC Komputer mereka yang telah dimasuki air . Yang Cucu belum nampak ialah mangsa yang membuang kereta mereka ke dalam paya ..hehehehhe..tak pun hantar ajer ke Pertwaja Steel kat Kemaman tuuu...

Sekadar Renungan dari Cucu buat pengundi Pilihanraya Kecil DUN Indera Kayangan Perlis..

Takbir !! Lawan Tetap Lawan !! Kalau Takutkan Perjuangan Jangan Bicara Soal Keadilan"

CUCU MAT KILAU
Kuantan






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 3 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com