UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mahkamah VS Al-Ma'unah : Satu lagi Episod ... agenda Haprak Mahafiraun !

Assalammualaikum WBT

Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman mati kepada tiga orang anggota kumpulan Al-Ma'unah dan memenjarakan rakan-rakan mereka yang lain sepanjang hayat ..memang sudah diduga sejak awal-awal lagi. sebagai seorang manusia yang melihat Kes ini dari persepsi perundangan negara kita dapat merasakan bagai ada sesuatu yang tak kena dalam sistem perundangan di negara ini dalam menangani perbicaraan anggota Al-Ma'unah ini sejak dari awal-awal lagi. Walaupun ramai yang bertanggapan dengan jatuhnnya hukuman tersebut , maka terbukti apa yang dicanang-canangkan oleh Parti Pembangkang selama ini tidak berasas sama sekali. "Peristiwa Sauk" yang dikatakan sebagai sandiwara oleh Parti Pembangkang dianggap telah memesongkan pemikiran rakyat di negara ini. Terdengar suara-suara sumbang yang mengarahkan agar para pemimpin parti pembangkang di negara ini agar mengeluarkan kenyataan menarik balik perkataan "Sandiwara" di atas kejadian Sauk ini. Ini termasuklah kenyataan dari Menteri Pertahanan Dato' Seri Najib Tun Razak. Rata-rata mengatakan bahawa parti Pembangkang wajar menarik balik kenyataan tersebut demi menjaga keharmonian rakyat di negara ini.

Pada pandangan saya , walaupun Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membuat keputusan drastik itu pada 23 Disember 2001 yang lalu itu adalah mahkamah yang diakui kreadibilitinya ....Namun Cucu sedikit pun tidak terpengaruh dengan segala keputusan yang dijatuhkan terhadap anggota Al-Ma'unah itu. Cucu tetap mengatakan bahawa ini adalah satu lagi skrip dan agenda Mahafiraun yang zalim dan tidak berperikemanusia itu !!! Kerana apa Cucu berkata demikian...Sama-samalah kita fikirkan...perkara ini .

Di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur inilah Sistem Undang-Undang Negara kita tercemar... Lumpur yang terpalit ini sukar untuk dibersihkan lagi... RAKYAT HAKIM NEGARA ... Apabila seluruh rakyat dapat menjangka dan mengagak sesuatu hukuman atau pun keputusan sesuatu perbicaraan yang dijalankan di mahkamah... Ini bermakna sistem perundangan dan keadilan sudah tiada lagi...Mahkamah adalah satu instrumen yang digunakan oleh kerajaan untuk menjatuhkan serta menghukum sesiapa sahaja musuh yang akan menentang mereka. Mahkamah di negara ini sudah tiada kreadibilitinya lagi !!!. Lihat sahaja Kes Dato' Seri Anwar Ibrahim... seorang Pemimpin Kerajaan UMNO dan Timbalan Perdana Menteri iaitu orang No.2 dalam Kerajaan..Mudah saja diperlakukan sedemikian. Mahkamah tidak menjalankan perbicaraan tersebut dengan adil !!! Mahkamah bertindak menghalang sapina yang memaksa saksi-saksi utama untuk hadir di mahkamah malahan menerima pula kesaksian saksi yang diragui "persaksiannya". Inilah yang berlaku di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Dalam kes DSAI, Mahkamah dengan sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman penjara 6 tahun kemudian diikuti dengan 9 tahun terhadap beliau walaupun segala alibi yang dikemukakan oleh para peguam beliau langsung tidak dicabar oleh Pendakwaraya. Apabila alibi tidak dicabar ini bererti tiada kes yang boleh dikaitkan dengan orang yang dituduh..itulah yang sepatutnya berlaku. Ini tidak, mahkamah boleh menerima persaksian seorang saksi seperti Azizan The Liar dan Ummi Hafilda. Azizan misalnya, telah terbukti bersalah dan melakukan zina dan dibicarakankan di sebuah Mahkamah Syariah di Melaka. Sepatutnya dalam Islam orang seperti beliau tidak layak menjadi saksi kerana terbabit dengan DOSA BESAR. Ini kerana beliau boleh memutar belitkan sesuatu kenyataan semata-mata untuk mendapat habuan yang lumayan !!! Lantaran itulah kita dapati Azizan sewenang-wenangnya mengubah tarikh-tarikh kejadian liwat terhadapnya..kemudian mengubah masa kekerapan beliau diliwat oleh DSAI ..dan kemudian memutar-belit bebagai lagi kenyataan yang sepatutnya ditolak bulat-bulat oleh sesebuah Mahkamah yang menjalankan sistem perundangan dan keadilan yang telus. Ini yang berlaku..Kemudian kita lihat lagi...setelah TILAM diusung ke hulur-hilir sebagai barang bukti..dimana seluruh dunia menyaksikannya..begitu mudah pula Mahkamah meminda pertuduhan terhadap DSAI... Ini jelas bercanggah dengan sistem keadilan .. Di manakah imej mahkamah yang sebenanrnya !!!!.

Inilah dia Mahkmah Tinggi Kuala Lumpur.. mahkamah yang sama turut menjatuhkan hukuman kepada anggota Al-Ma'unah baru-baru ini. Maka dengan ini apakah wajar kita terima keputusan sebuah mahkamah yang sudah rosak kreadibilitinya. Adakah orang-orang seperti Hakim Agaustine Paul, Arrifin Jaka boleh diakui keputusannya ? begitu juga dengan Peguam Abd. Ghani Patail, Mokhtar Abdullah serta ramai lagi... Mereka-mereka ini sudah menjadi mangsa kepada kerakusan PEMIMPIN yang ingin mengekalkan kuasa !!! Mereka tidak bersalah sebenarnya..tetapi mereka takut untuk berhadapan dengan kenyataan..Mungkin takut dipecat macam Tun Salleh Abas atau pun DSAI sendiri. Begitu juga dengan instrumen POLIS... bermula dengan Rahim Noor menumbuk DSAI , kemudian diteruskan pula oleh Norian Mai .... dua-dua instrumen ini telah digunakan sewenang-wenangnya oleh kerajaan yang memerintah demi untuk terus berkuasa di negara ini.

Justeru itu kita lihat pula apakah natijah utama dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman terhadap anggota Al'-Ma'unah pada masa ini. Inilah dia masa yang sesuai menurut skrip MAHAFIRAUN sebenarnya. Berikutan kes 11 September yang menruntuhkan Bangunan WTC New York dan Pentagon di Amerika telah menyebabkan dunia diwar-warkan dengan isu keganasan. Lantaran itu Presiden Amerika Jaws Bush melancarkan peperangan memerangi pengganas terhadap Afghanistan yang dikatan tempat persembunyian Osama Bin Laden, penjenayah yang dikaitkan dengan serangan 11 September itu. Seluruh rangkaian gerakan Islam dikaitkan dengan pengganas. Maka Amerika menyenaraikan lebih 40 buah negara yang dikatakan menjadi pengkalan pengganas..ini termasuklah negara kita Malaysia. Akibat daripada itu, banyak syarat-syarat yang dikenakan kepada warga Malaysia oleh Amerika bermula dengan kebenaran melancong ke negara tersebut dan pelbagai larangan lagi. Timbul pula isu kuman Antraks, juga Malaysia dikaitkan .. Dan yang lebih mengharukan serta memeningkan kepala MAHAFIRAUN ialah Malaysia turut dikatakan menjadi pengkalan pengganas. Apatah lagi dengan sikap melatah kerajaan menangkap anggota yang dikatakan Kumpulan Militan @ Mujahidin Malaysia (KMM). Dengan tercetusnya isu ini pasti Amerika melihat bahawa negara ini sememangnya menjadi sarang pengganas ..

MAHAFIRAUN macam cacing kepanasan .. Beliau sebenarnya takut dengan Amerika walaupun mengutuk pengeboman di Afghanistan oleh Polis Dunia itu. Demi menjaga kepentingan antarabangsa dan Amerika di negara khasnya MAHAFIRAUN terpaksa mengambil keputusan yang drastik. Ini termasuklah menjatuhkan hukuman terdesak kepada anggota Al-Ma'unah, kerana mungkin kalau perbicaraan itu diteruskan ianya akan mengambil masa yang lebih lama dan membuang masa MAHAFIRAUN. Untuk memudahkan skrip beliau maka hukuman dijatuhkan terus...Dan apa yang kita lihat hari ini berlakulah lebih banyak tangkapan anggota KMM di negara itu. Adalah dijangkakan selepas ini banyak lagi kumpulan-kumpulan agama di negara ini akan terus dihapuskan oleh kerajaan MAHAFIRAUN...inilah agenda beliau dan Amerika sebenarnya , untuk menghapuskan gerakan Islam di seluruh dunia.

Apa yang kita khuatir fenomena sejak akhir-akhir ini, ialah apakah Parti Isma SeMalaysia (PAS) juga akan turut diperangi dan dihapuskan tidak lama lagi ? Mungkinkah sekiranya Parti Pembangkang berjaya memenangi Pilihanraya akan datang ( 2003 @ 2004 ) , huru-hara yang besar akan berlaku di negara ini. Kemungkinan besar itu ada... kerana tidak mungkin kuasa besar seperti Amerika ini akan menerima sebuah kerajaan Islam yang akan dibentuk oleh PAS setelah berjaya nanti . Maka MAHAFIRAUN lah yang akan ditugaskan untuk menghapuskannya. Inilah yang berlaku di Afghanistan , Puak Taliban di perangi oleh Pakatan Utara...dan kita lihat sekarang ini kerajaan sementara yang ditubuhkan di sana pasti akan mengamalkan undang-undang sekular seperti di Malaysia. Ini yang dikehendaki oleh Amerika dan musuh Islam sebenarnya. MAHAFIRAUN adalah "Musuh dalam selimut" dan "Tali Barut" Amerika sebenarnya bukannya Dato' Seri Anwar Ibrahim seperti yang dicanang-canangkan selama ini.

Kita lihat pula kes Al-Ma'unah ini dari sudut perundangan. Mengapakah kerajaan beriya-iya benar membicarakan mereka di mahkamah, sedangkan terbukti mereka membunuh, merampas senjata, serta ingin melancarkan peperangan terhadap Yang DiPertuan Agong dan melakukan huru-hara di negara ini. Bukti jelas dengan terdapatnya senjata yang dirampas oleh mereka semasa ditangkap. Mengapa mereka tidak disumbat terus kedalam ISA !!!! Kita lihat pula apa yang berlaku kepada Anggota yang dikatakan oleh KMM itu sendiri ? Bukti belum ada..senjata canggih entah ke mana ? Kekuatan entah bagaimana ? Pusat Latihan Kententeraan entah di mana ? berapa banyak senjata seperti rifel M16 , Bom dan sebagainya yang dirampas dari mereka ? Mengapakah anggota KMM ini tidak dibicarakan secara terbuka di mahkamah. Kalau betullah apa yang dijatuhkan terhadap anggota Al-Mau'nah tempohari ...bicarakan semua anggota KMM secara terbuka. Inilah dia ketelusan namanya. Kenapa mereka ditahan di bawah tahan Akta Kesematan dalam Negeri (ISA) ? Dihalang hak untuk mendapatkan peguam serta dibicarakan di mahkamah ...Kalau benar ada kes untuk KMM bicarakan mereka !!!! Bukan diperosokkan ke kem Tahanan Kemunting seperti apa yang berlaku hari ini... Dimanakah Keadilan yang dilaung-laungkan sebenarnya. Ini jelas melanggar hak-hak asasi manusia..

Sebagai orang Islam , kita harus melihat perkara ini dari perspektif yang jelas. Maka justeru itu juga Cucu tetap mengatakan segala keputusan yang dijatuhkan terhadap anggota Al-Ma'unah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur adalah satu skrip dan agenda MAHAFIRAUN MAHA HAPRAK @ MAHA KUTTY untuk menunjukkan yang beliau benar-benar berusaha menghapuskan pengganas serta gerakan Islam yang dikaitkan dengan rangkain Al-Qaeda di negara ini.

Buat semua pejuang Islam, tabahkan hati dan teruskan semangat marilah kita sama-sama berjihad mempertahankan maruah Islam . Selamatkan gerakan Islam di negara ini.. Semoga 2002 akan memberi kekuatan untuk kita terus mengharungi onak-onak serta ranjau-ranjau yang berduri ini.

Takbir !! Lawan Tetap Lawan !! Kalau Takutkan Perjuangan Jangan Bicara Soal Keadilan"

CUCU MAT KILAU
Pahang DM






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 6 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com