UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Sandiwara Terbaru UMNO : Konon Pelajar IPT penyokong Pembangkang !

Kerajaan Mahafiraun ni memang suka buat lawak antarabangsa sungguh . Baru jer abis "Sandiwara Sauk" dia dah buat lawak baru pulak..Inilah dia kalau sebuah kerajaan yang dipimpin oleh seorang yang dah nyanyok..semua dia nak pegang !! PM dia nak Menteri Kewangan dia nak !! Bukan ker bangang namanyer tuu..Dah lar awak tu " Rumah kata pergi Kubur kata Mari !! " . Sudah-sudahlar tuu wahai Mahafiraun Haprak oiii.

Kali ni Cucu nak bawak pembaca semua untuk mengetahui satu lagi lawak bodo Mahafiraun.. Sandiwara kali ini diadakan khas sempena tayangan perdana Pilihanraya Kecil Indera Kayangan Perlis... Cucu memang terkejut beruk biler tengok muka-muka pelakon tu semua...Kesian bebudak tuuu..Berapalar agaknyer dia orang dapat bayaran untuk menjadi pelakon tambahan sandiwara Mahafiraun kali ini.

Sandiwara terbaru yang dilakonkan kali ini ialah lakonan pelajar-pelajar IPTY ditangkap sebagai tali barut PAS untuk meninjau persediaan kem BN dalam menghadapi pilihanraya Kecil Indera Kayangan nanti. Sekali Cucu tengok kat TV jer Cucu dah boleh rasa yang muker2 bebudak IPT yang ditangkap tuu..tak ada langsung gaya muka PAS ... Lagi pun betulker yang ditanggap tu adalah penyokong PAS ? Entah apa semua pelajar terbabit adalah pelakon tambahan dan menerima ganjaran tertentu daripada Kerajaan hasil lakonan mereka.

Sebab apa Cucu kata macam tuu.. Sebab , mana mungkin seseorang itu boleh mengaku sebagai penyokong sesebuah parti bila ditangakap oleh pihak parti berkenaan. Contohnya macam Cucular.. Cucu memang ahli UMNO, masa pilihanraya Umum lalu..Cucu memang bertugas di Kem BN...mana ada orang nak tanya..awak ni penyokon parti lawan kerrr ? Siapa yang tahu ..sebab itu semua terletak dalam hati kita kann.. Masa pangkah Cucu pangkah lar PAS...Begitu juga dengan bebudak IPT tuu..kalau betullah mereka penyokong PAS..Cucu tak fikir mahasiswa seperti mereka akan mengaku dengan sewenang-wenangnya mereka sokong PAS..Begitu juga dengan penyokong UMNO sendiri.. Justeru itu.. Cucu memang rasa logik mereka tu dibayar upah yang lumayan..Rasionalnya ialah..Bila mereka ditangkap..ia diperbesarkan .ini akan menakutkan mahasiswa sukarelawan Parti Pembangkang yang lain untuk berkhidmat semasa Pilihanraya Kecil ini nanti. Kalau betul mereka penyokong pembangkang, kenapa mereka itu tidak ditemubual langsung bagi mengambil kenyataan masing-masingg...Para pelajar nii..taupun maluu..maklumlar takut orang kampung nampakk agaknyaaaa..

Akibat dari tangkapan tersebut, Menteri Pendidikan ..Tan Sri Musa Mohamad pun mulalah memainkan peranan ..mengeluarkan kenyataan melarang keras mahasiswa terlibat dalam pilihanraya nanti.. Larangan terlibat hanya untuk Parti Pembangkang..tapi kalau membantu BN memang digalakkan..larr tuuu.. Kemudian Pak Menteri terbabit mengatakan yang semua wakil Universiti akan berada di kawasan DUN Indera Kayangan bagi memantau pergerakkan Mahasiswa mereka yang terbabit dalam Pilihanraya Kecil ini nanti..

Pandai betul puak UMNO nii buat cerita.. Kesian pada Mahasiswa terbabit. Yang pelik Mahasiswa dilarang berpolitik.. Tapi Puteri UMNO awal-awal lagi mengedarkan borang ahli kepada para pelajar yang mendaftar masuk Universiti... Inilah kerja bangang UMNOCINO..Kepada semua Mahasiswa teruskan membantu, ingat Allah SWT melihat apa yang kita kerjakan...Jangan takut kepada kenyataan..Pastikan Barisan Alternatif berjaya merampas DUN Indera Kayangan nanti..Jadikan Indera Kayang ..LUNAS kedua kita...Selamat Mengundi buat semua pengundi di Indera Kayangan.

P/S : Cucu akan ke sana untuk membantu...kempen pilihanraya tersebut.siapa yang nak jumpa Cucu...pastikan anda berada di Indera Kayangan...Cucu pakai baju gambar BULAN SABIT 2..hehehehehhehehhehe...

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!! Lawan Tetap Lawan !!
"Kalau Takutkan Perjuangan Jangan Bicara Soal Keadilan"

CUCU MAT KILAU
Pahang DM






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 8 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com