UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




“Berita palsu” klip propaganda bersifat politik

Dalam dua hari lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Rais Yatim amat sibuk sekali, mengumumkan bahawa Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji sama ada terdapat unsur hasutan di dalam pendirian berulang kali PAS bahawa peristiwa Sauk dua tahun lalu hanyalah suatu sandiwara (New Straits Times, 10.1.2002).

Semalam, Rais kembali kepada subjek tersebut dan nampak seakan-akan memberi tekanan kepada Peguam Negara baru, Datuk Abdul Gani Patail untuk memulakan prosiding pendakwaan terhadap PAS (The Star, 11.1.2002)

Sebaliknya, Rais senyap pula mengenai kegagalan Peguam Negara setakat ini untuk mendakwa sesiapa pun di atas skandal peperiksaan pelbagai Sijil Amalan Guaman (CLP) yang mengejutkan sekali, yang mana mempunyai implikasi-implikasi meluas yang menjejaskan keyakinan awam di dalam pentadbiran keadilan, integriti profesion guaman dan kehakiman, reputasi peperiksaan profesional dan reputasi antarabangsa Malaysia sebagai sebuah pusat akademik dan kecemerlangan profesional antarabangsa.

Terdapat satu lagi subjek penting yang mana Rais telah senyap. Sekiranya Rais menganggap dirinya sebagai Menteri Undang-undang de facto, beliau patut menjalankan tanggungjawabnya dalam cara yang adil dan seimbang dan bukannya menganggap jawatan Kabinetnya sebagai dayang kuasa membinasa Barisan Nasional (BN) untuk menghukum keingkaran dan menjadikan pihak Pembangkang sebagai mangsa.

Rais patut meminta Peguam Negara baru untuk mengkaji sama ada terdapat alasan untuk mendakwa RTM and BN di atas kesalahan menyiarkan “berita palsu” klip propaganda bersifat politik 90 saat setiap malam yang disamar sebagai berita waktu perdana di pelbagai rangkaian televisyen sejak penghujung tahun lalu, diniatkan semata-mata untuk mempengaruhi para pengundi pilihanraya kecil Indera Kayangan di Perlis untuk mempercayai bahawa Barisan Alternatif (BA) mewakili sebuah Taliban Malaysia yang menindas, tidak bertoleransi dan tidak berperikemanusiaan dengan PAS sebagai penyokong utama dan Parti Keadilan Nasional sebagai rakan sekongkol, dan untuk mempengaruhi mereka supaya mengundi BN pada hari pengundian pada 19 Jan 2002.

Apabila klip propaganda BN 90 saat yang disamar sebagai berita waktu perdana tersebut mula-mula sekali disiarkan kira-kira dua minggu lepas, ia hanyalah dipaparkan pada siaran berita 8:00 malam RTM1. Secara progresif, ia dilanjutkan kepada berita Inggeris 8:00 malam RTM2, berita 8:00 malam TV3 dan kemudiannya, berita 6:00 petang RTM1. Klip propaganda ini kini dipaparkan setiap malam melalui berita Mandarin 6:30 petang RTM2 dengan suara latar Mandarin dan ianya akan terus kekal sehingga penghujung pengundian pilihanraya kecil Indera Kayangan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin telah berkata bahawa adalah “kebetulan semata-mata” bahawa Kementerian beliau sedang menayangkan siaran bersifat politik 90 saat setiap malam itu sebaik sahaja sebelum pilihanraya kecil Indera Kayangan menjelang dan bahawa ianya “dimaksudkan bagi tujuan dipaparkan dari masa ke semasa untuk suatu tempoh panjang” dan “sebahagian daripada perang psikologi kita terhadap ekstremis”.

Saya berasa pasti bahawa ia juga adalah “kebetulan semata-mata” bahawa siaran propaganda bersifat politik 90 saat setiap malam yang disamar sebagai berita, kini dipaparkan sepenuhnya di pelbagai rangkaian televisyen dan dalam bahasa-bahasa berlainan, akan dihentikan serta-merta pada penghabisan kempen pilihanraya kecil Indera Kayangan!

RTM dan BN telah melakukan kesalahan serius di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan kerana menyiarkan “berita palsu” dengan menipu dan mengatakan propaganda politik terang-terang adalah berita – dan apa yang lebih teruk lagi, malam demi malam, menggunakan propaganda bersifat politik yang sama itu sebagai “paparan berita” yang melayakkan rangkaian berita televisyen Malaysia memasuki Buku Rekod Guiness bagi siaran paling lama sekali “berita palsu” sebagai berita, satu tempoh kira-kira tiga minggu!

DAP bukannya berkata tidak patut ada komersil bersifat politik di radio dan televisyen tetapi bahawa kesalahan jenayah atau penyalahgunaan tidak patut berlaku – seperti melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dengan menyiarkan “berita palsu”.

Menteri Penerangan, Tan Sri Khalil Yaakob perlu menjelaskan sama ada siaran klip propaganda politik BN yang disamar sebagai berita waktu perdana setiap malam selama dua minggu lepas ada dibangkitkan dan dibincangkan di mesyuarat Kabinet pada hari Rabu, ataupun sama ada tidak ada Menteri Kabinet lagi yang berupaya membezakan di antara berita dan propaganda.

Saya berasa hairan bahawa sehingga kini, tidak terdapat respons yang kuat atau setara daripada PAS atau Parti Keadilan Nasional kepada siaran propaganda yang disamar sebagai berita waktu perdana setiap malam tersebut yang menggambarkan mereka sebagai parti-parti politik anti-nasional yang mahu mewujudkan sebuah Malaysia yang mirip kepada Taliban Afghanistan di mana kaum wanita ditindas, hak asasi manusia dicabul, kehuruharaan dan kekacaubilauan bermaharajelela di negara dan kedaulatan serta kemerdekaan negara diabdikan. Saya telah menjangkakan kedua-dua PAS dan Parti Keadilan Nasional sudah tentunya akan memulakan prosiding undang-undang bagi mendapatkan injunksi untuk menghentikan segala siaran yang berat sebelah dan tidak adil seumpama itu.

Seandainya kerajaan meyakini bahawa klip propaganda bersifat politik 90 saat tersebut terhadap PAS dan Parti Keadilan Nasional adalah sah, bernilai dan dapat dijustifikasikan, dan inginkan ianya terus disiarkan setiap malam sehingga penghujung pilihanraya kecil Indera Kayangan, ia mestilah bersikap adil dan memastikan tiga syarat berikut dipatuhi:

· Mengeluarkannya daripada berita waktu perdana dan mengenalpastinya secara jelas sebagai suatu komersial bersifat politik dan tidak membiarkannya disamar sebagai berita waktu perdana.

· Memastikan BN membayar untuk waktu siaran udara untuk klip tersebut seperti apa-apa komersial televisyen lain, yang mungkin menelan belanja kerajaan sebanyak RM2 juta hingga 3 juta menurut kekerapan siaran; dan

· Melanjutkan kemudahan yang sama kepada BA dan DAP untuk membeli waktu siaran udara bagi menyiarkan komersial politik di rangkaian televisyen negara.

Oleh : Lim Kit Siang






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 16 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com