UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Keputusan Indera Kayangan - Parti-parti Pembangkang perlu berbincang

Selepas tamatnya pilihanraya kecil Indera Kayangan, parti-parti Pembangkang perlu bermesyuarat dan berbincang tentang perubahan amat besar dalam politik Malaysia pasca 911 dan bagaimana untuk menghalang kerajaan Barisan Nasional (BN) daripada menyamar sebuah kempen anti-demokrasi sebagai kempen anti-keganasan sebagai persiapan menjelang pilihanraya umum berikut yang dijangka akan diadakan tahun depan, iaitu dalam tempoh 18 bulan.

Salah satu produk 911 dalam politik Malaysia adalah klip propaganda 90 BN saat yang disamar sebagai berita waktu perdana yang disiarkan melalui rangkaian televisyen nasional sepanjang tiga minggu lepas yang bertujuan untuk menggambarkan Barisan Alternatif (BA) sebagai mewakili Taliban Malaysia dengan PAS sebagai penyokong utama dan KeADILan sebagai rakan sekongkolnya.

Ramai orang telah mengatakan bahawa DAP seakan-akan lebih berminat tentang klip propaganda 90 saat BN diubahsuai yang disamar sebagai berita waktu perdana berbanding dengan PAS dan KeADILan yang memberikan tanggapan bahawa kedua-dua PAS dan KeADILan tidak membantah klip propaganda itu sekuat DAP sungguhpun mereka adalah dua parti politik yang disasarkan secara langsung.

Seandainya DAP adalah salah satu sasaran serangan propaganda BN dalam klip diubahsuai tersebut, DAP tentunya sudah mengambil tindakan undang-undang untuk memohon injunksi bagi menghentikan dengan serta-merta penyiaran tidak adil dan berat sebelah itu. Kita tidak dapat memahami kenapa setelah berlalunya tiga minggu penyiaran setiap malam melalui televisyen nasional, PAS mahupun KeADILan masih belum mengambil tindakan undang-undang.

Agak mengecewakan bahawa para wartawan dan pertubuhan mereka masing-masing tidak menyuarakan bantahan mereka terhadap penyalahgunaan penyiaran awam untuk menyamarkan propaganda politik sebagai berita waktu perdana dan menggesa supaya peraturan-peraturan dasar yang adil dan jujur bagi penyiaran awam ditetapkan untuk memastikan terdapatnya perbezaan jelas di antara berita dan propaganda.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com