UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Siasat menyeluruh terhadap isu KMM diperlukan

Sekurang-kurangnya tiga peristiwa dalam beberapa hari lalu selepas pilihanraya kecil Indera Kayangan menimbulkan soal sama ada suatu tindakan keras besar-besaran ke atas keingkaran dan hak asasi manusia yang mengeksploitasi senario pasca-11 September sedang berlaku, yakni:

  • Kenyataan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Barisan Nasional pada hari Rabu bahawa tindakan tegas terhadap militan dan pelampau tidak akan terhad kepada mereka daripada agama tertentu sahaja dan bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana orang yang terlibat dalam kegiatan militan dan aktiviti yang boleh menjejaskan hubungan perkauman atau cuba mengapi-apikan sentimen perkauman.

  • Penjelasan daripada ketua polis Kuala Lumpur, Syed Abdul Rahman Syed Abdul Kadir semalam bahawa pihak polis tidak akan membenarkan sesiapa untuk mengeksploitasi “isu-isu sensitif” dan menyemai perasaan benci terhadap kerajaan sebagai satu sebab bagi tindakan melarang taklimat mengenai sekolah wawasan di Dewan Perhimpunan Cina Selangor minggu lepas.

  • Pengumuman oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Norian Mai semalam bahawa pihak polis sedang mencari 200 orang yang dikaitkan dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan telah mendapati bahawa kumpulan tersebut mempunyai hubungan rapat dengan kumpulan Jemaah Islamiyah di Singapura dan rangkaian al-Qaeda di samping laporan media yang mengaitkan “pemberi-pemberi arahan” KMM kepada kejadian Mamali pada tahun 1985 yang mengakibatkan pembunuhan 14 orang penduduk kampung termasuk Ibrahim Libya dan empat orang pegawai polis.

    Pengumuman Ketua Polis Negara bahawa pihak polis sedang mengesan 200 orang yang mempunyai perkaitan dengan al-Qaeda adalah amat merisaukan memandangkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin Zin telah memberitahu Parlimen pada bulan Oktober lepas bahawa tiada perkaitan dibuktikan di antara al-Qaeda dan KMM dan tiga minggu lepas, Ketua Polis Negara telah berkata bahawa pihak polis sedang memeriksa laporan bahawa salah satu daripada 13 orang yang ditahan terbaru ini mungkin mempunyai hubungan dengan rangkaian al-Qaeda.

    Sehingga kini, pihak polis tidak memberikan apa-apa maklumat untuk menyokong kenyataan mengejutkan oleh Perdana Menteri di dalam wawancara beliau dalam majalah Jepun Chuokoron pada 10 Januari yang secara terbuka menyatakan bahawa rangkaian pengganas al-Qaeda Osama bin Laden telah merekrut sebanyak 50 rakyat Malaysia ke dalam operasinya.

    Sekarang, bilangan orang yang mempunyai kaitan dengan al-Qaeda dan sedang diburu oleh pihak polis telah secara tiba-tiba melompat kepada 200 pula!

    Sungguhpun rakyat Malaysia telah teruk terjejas oleh serangan pengganas 11 September, kerajaan mesti diberikan amaran bahawa ia tidak harus mengambil tindakan keras ke atas keingkaran dan hak asasi manusia yang bertopengkan kempen anti-keganasan dan bahawa ia mempunyai tanggungjawab kepada rakyat untuk memberikan penjelasan yang lebih menyeluruh dan memuaskan mengenai siasatan dan penemuan polis berhubung kegiatan dan rangkaian Islam militan di dalam negara berbanding apa yang telah dilakukan setakat ini.






  •         
    Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Januari 2002

    Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
    Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com