UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Indera Kayangan: Banyak Manfaat Buat Pembangkang Walaupun Kalah Akhirnya

Sumbangan:
Detik Daily

Oleh : RAMLI ADAM (Kubang Pasu)

Pilihan raya kecil di Indera Kayangan tidak mudah buat BN mahupun pembangkang. Ia ujian paling mendebarkan bagi mengukur kesan peristiwa 11 September ke atas pembangkang khususnya apabila dikatakan isu tersebut dan juga kaitannya dengan Taleban memberi pengaruh negatif buat pembangkang, terutama PAS.

Namun, keputusannya nanti amat baik sekali buat pembangkang mengukur kemampuan mereka dan sejauhmana sokongan rakyat kepadanya. Apakah keluarnya DAP dari Barisan Alternatif memberi kesan buruk kepada PAS dan keADILan, ataupun ia langkah strategik jangka pendek?

Yang penting, pembangkang harus berusaha lebih gigih dan dapat mengenal pasti setiap masalah yang berbangkit nantinya. Pilihan raya ini diharap dapat menyuntik semangat baru yang kini dikatakan penyokong pembangkang agak malap terutama bila berdepan dengan pelbagai tekanan dan kekangan.

Semoga BA bertambah mantap dan DAP dapat memberi kerjasama sewajarnya untuk menamatkan ego dan rasa takbur BN untuk terus memerintah Malaysia sampai bila-bila.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com