Make your own free website on Tripod.com
UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Mahathir sudah ampunkan Khir Toyo?

Sumbangan:
Detik Daily

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

SHAH ALAM: Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad dikatakan sudah memaafkan Menteri Besar, Dr Mohd Khir Toyo ekoran dakwaan rasuah yang dikemukakan aktivis media, Ahmad Lutfi Othman kepada BPR.

Menurut sumber, Dr Mahathir mengingatkan Khir supaya tidak mengulangi lagi kesilapannya itu dan MB Selangor itu begitu berpuas hati dengan jaminan Mahathir untuk memberi peluang kedua buatnya.

"Khir mendapat pengajaran cukup bermakna dalam kes ini dan beliau kini bolehlah menumpukan usahanya untuk terus membangunkan Selangor," tambah sumber itu lagi.

Bagaimanapun, dalam perkembangan berkaitan, menurut punca berita yang lain, Dr Khir Toyo hanya menunggu masa yang sesuai untuk meletakkan jawatan.

"Yang menjadi masalah utama ialah Khir kini adalah beban besar buat Umno Selangor bagi berdepan dengan serangan pembangkang. Apa yang dikemukakan kepada BPR terutama berkaitan tapak banglonya di Seksyen 2 Bangi terbukti mengandungi unsur-unsur salahguna kuasa yang ketara," tambahnya lagi.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com