UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Serangan paling dahsyat akan dilancarkan ke atas Israel

Sumbangan:
Detik Daily

Oleh : Salman Al Munziri, Kaherah

Iraq dilaporkan akan menyerang Israel dengan serangan paling dahsyat dalam sejarah. Demikian dilaporkan oleh agensi berita Al Qanat 28 Disember lalu.

Menurut laporan berkenaan, satu mesyuarat khas pimpinan angkatan tentera yang dipengerusikan oleh Sadam Husein dan dihadiri oleh anaknya Udai, telah berlangsung baru-baru ini dan telah mencapai satu keputusan yang dikira sebagai 'rahsia' bahawa Iraq akan melancarkan serangan berkenaan sekiranya gertakan Amerika untuk menyerang negara berkenaan benar-benar terjadi.

Menurut sumber berkenaan, serangan yang dipanggil sebagai, 'yang pertama dan terakhir' itu adalah serangan peluru-peluru berpandu secara sekali gus ke seluruh kawasan yang berkepentingan di Israel sebaik sahaja Amerika melancarkan serangannya ke atas Iraq.

Sehingga kini ke semua stesen pelancar peluru berpandu Iraq sudah dihalakan ke arah negara haram Israel. Serangan sekali gus itu tidak memerlukan serangan kedua untuk meranapkan Israel.

Tidak diketahui sejauh mana kekuatan peluru berpandu Iraq. Walaubagaimanapun pemerhati berpendapat, Iraq masih mempunyai beberapa puluh peluru berpandu jarak sederhana dan jarak jauh yang berjaya disembunyikan daripada pemerhati antarabangsa.

Keputusan menyerang Israel itu diputuskan berikutan gertakan demi gertakan yang diterima daripada Amerika Syarikat dan sekutunya sejak kebelakangan ini. #






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com