UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Noh Omar menyimpan harapan menggantikan Khir Toyo

Sumbangan:
Detik Daily

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

TANJONG KARANG: Bagi penduduk tempatan di sekitar Tanjong Karang, kami dapat mengesan ramai juga ahli-ahli Umno di sini, yang berketuakan Dr Khir Toyo, yang suka dengan pendedahan Ahmad Lutfi Othman mengenai amalan rasuah MB Selangor itu.

Ada beberapa orang pemimpin Umno setempat yang membuat fotostat tulisan-tulisan yang disiarkan dalam Harakah, Memo dan akhbar Cabaran, seterusnya menyebarkan di kalangan ahli-ahli Umno di sini. Saya juga melihat sesetengahnya ditampal di tempat terbuka.

Lebih menjolok mata apabila Setiausaha Parlimen di JPM, Noh Omar, yang menjadi Timbalan Ketua Umno Tanjong Karang, juga khabarnya gembira dan sukacita dengan nasib malang ketuanya, Khir Toyo itu. Mungkin Noh sudah memasang angan-angan, dalam pilihan raya akan datang, Khir tidak lagi dicalonkan sebagai ADUN BN di kawasan itu dan dia sendiri akan mengisi kekosongannya.

Memang orang ramai tahu bahawa Noh rapat dengan PM Dr Mahathir Mohamad. Dan prestasinya di Parlimen bagi menghadapi pembangkang juga jelas hebat. Hujah-hujah bernasnya bukan saja dapat menangkis serangan lawan tetapi membuatkan pembangkang, termasuk Dr Hassan Ali, mengaku kalah.

Dalam diam Noh amat mengharapkan dia akan dilantik ke jawatan yang menjanjikan kemewahan dan kesenangan hidup itu, kerana sedari dulu dia beranggapan, kalau mahu dibandingkan dengan Khir Toyo, dia jauh lebih layak.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 1 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com