UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




VCD bongkar salahguna kuasa Khir Toyo dilancar di Indera Kayangan

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

KANGAR: Naib Presiden PAS, Datuk Dr Hassan Ali telah melancarkan VCD bertajuk Skandal MB Selangor dalam satu majlis ceramah di Bilik Gerakan KeADILan Pengkalan Assam, dekat sini, malam 16 Januari lalu.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Selangor, berkata, dokumentari khusus 60 minit tentang salah guna kuasa Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo itu boleh dianggap sebagai cenderahati istimewa, terutama pada para pengundi, menjelang pilihan raya kecil N8 Indera Kayangan pada Sabtu ini.

Dr Hassan yang pernah membangkitkan dakwaan rasuah kepada Khir dalam persidangan DUN Selangor, 30 Oktober tahun lalu, menegaskan walaupun isu yang dibongkar oleh aktivis media, Ahmad Lutfi Othman ini berlaku jauh dari negeri Perlis, tetapi ia penting untuk didedahkan kepada rakyat seluruh negara.

“Sesungguhnya apa yang berlaku di Selangor tidak jauh bezanya dengan amalan rasuah di Perlis, juga hampir sama dengan amalan salah guna kuasa di Pahang dan negeri-negeri lain,” tegas Dr Hassan, sambil merujuk berita yang disebarkan dalam kempen pilihan kecil itu mengenai senarai dakwaan korupsi yang dilakukan oleh Datuk Seri Shahidan Kassim, Menteri Besar Perlis.

Beliau, yang juga ADUN Sungai Burong, Selangor, berkata kehadiran pembangkang yang kuat dan berkesan perlu ada di dalam Dewan Undangan Negeri Perlis bagi memastikan setiap penyelewengan wang rakyat khususnya akan dipantau dan ditegur.

“Bagi kami di negeri Selangor khususnya, enam wakil pembangkang, empat dari PAS, dan setiap seorang dari KeADILan dan DAP, pada setiap persidangan DUN Selangor akan sentiasa membangkitkan isu-isu rakyat dan membongkar apa saja penyelewengan yang dilakukan oleh Dr Khir Toyo.

“Ini membuatkan beliau dan anggota Exconya tidak senang duduk apabila segala penyelewengan yang kami dedahkan dilengkapi dengan dokumen dan bukti-bukti yang kukuh,” tegas Dr Hassan di depan lebih 500 hadirin, termasuk sebahagian besar dari mereka masyarakat tempatan berbangsa Tionghua.

Beliau seterusnya mendedahkan beberapa kes yang membabitkan amalan rasuah Khir, yang semuanya telahpun dilaporkan oleh Ahmad Lutfi kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR). Sehingga kini Lutfi telah membuat lima aduan rasmi kepada Ibu Pejabat BPR di Putrajaya dan Pejabat BPR Selangor, Shah Alam.

Bagaimanapun Dr Hassan kesal kerana setelah isu ini berlarutan hampir tiga bulan, tiada sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh BPR dan juga Perdana Menteri. Dua minggu lalu, Dr Hassan bersama rombongan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor, yang diketuai Ustaz Sollehin Mukyhi telah menghantar memorendum kepada Ketua Pengarah BPR, yang antara lain melahirkan rasa kesal dengan sikap membisu BPR dalam isu yang kini menjadi tumpuan umum.

“Justeru, kehadiran calon kita, Cikgu Khoo dalam Dewan Undangan Negeri Perlis amat diperlukan, bukan saja bagi memantapkan barisan pembangkang tetapi untuk memastikan apa saja keluhan rakyat, apa saja salahguna kuasa dan penyelewengan pemerintah, semuanya dapat disuarakan secara lebih berkesan,” tegas Dr Hassan, sambil menegaskan sokongan penuh PAS kepada calon KeADILan itu.

“Kesempatan berharga untuk pengundi Indera Kayangan ini tidak wajar disia-siakan. Peluang untuk menghantar mesej yang jelas kepada pemerintah yang korup dan mengkhianati amanah rakyat mesti dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya, iaitu dengan memastikan Cikgu Khoo dimenangkan pada 19 Januari ini,” katanya lagi.

Turut berceramah dalam majlis yang sama ialah Presiden PRM, Dr Syed Husin Ali, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu dan Ahmad Lutfi sendiri.

VCD Skandal MB ini boleh didapati dengan menghubungi Galeri Penerbitan Pemuda, di talian 03-40243531. Harga setiap unit ialah RM8.00. Pesanan pos boleh dibuat terus kepada Galeri Penerbitan Pemuda.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com