UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Team B Akan Dihancurkan Liong Sik Jika BN Menang di Indera Kayangan

Oleh : UTUSAN DARI PULAU TAWAR

Krisis dalaman MCA semakin parah apabila terdapat sumber mengatakan Ling Liong Sik(Kepala ikan busuk) akan mencantas puak-puak yang menentangnya atau lebih dikenali sebagai Geng Berlapan @ Team B yang diketuai oleh Lim Ah Lek selepas berakhirnya pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Indera Kayangan.

Nampaknya nasib yang bakal menimpa Lim Ah Lek dan rakan-rakannya tidak ubah seperti nasib yang telah menimpa Datuk Seri Anwar Ibrahim. Habis madu sepah dibuang.Inilah namanya tidak mengenang budi seperti yang dilaung-laungkan oleh Dr Mahathir.

Lebih buruk lagi, ada balachi kepala ikan busuk cuba membeli Chan Kong Choi untuk dijadikan boneka dan langkah ini dipercayai untuk mewujudkan keretakan di dalam Team B.Seterusnya akan lebih mudah lagi kepala ikan busuk untuk mengekalkan penguasaannya di dalam MCA sebagaimana Samy Vellu di dalam MIC dan Dr Mahathir di dalam UMNO.Sehingga kini taikun-taikun pro kepala ikan busuk masih cuba memujuk Chan Kong Choi supaya belot dan memihak kepadanya.Sayugia diingatkan kepada Lim Ah Lek supaya berhati-hati daripada menghadapi risiko dicucuk dari belakang.Bahaya gunting dalam lipatan ni.

Lagi satu berita yang diterima mengatakan bahawa Kepala ikan busuk adalah dalang di sebalik pemecatan beramai-ramai kakitangan akhbar The Sun baru-baru ini. Populariti dan penjualan akhbar The Star,(lidah rsmi MCA)semakin merosot ekoran isu krisis dalaman antara Geng berlapan dengan Kepala Ikan Busuk, Penjualan akhbar Nanyang Siang Pau. Sebaliknya akhbar The Sun menerima durian runtuh kesan kemerosotan jualan akhbar The Star.

Maka terpaksalah kepala Ikan Busuk menghancurkan The Sun untuk menyelamatkan The Star.Simpati kami ke atas nasib yang menimpa rakan-rakan yang bekerja di the Sun.Jomlah ikut berkempen di Indera Kayangan dan kita jatuhkan calon-calon yang disokong oleh kepala ikan busuk.

Sebenarnya,krisis dalaman MCA telah sengaja dirancang oleh UMNO kerana bimbang akan kekuatan MCA.Rayuan oleh Suqiu sebelum Pilihanraya Umum yang lepas telah membuatkan pemimpin-pemimpin UMNO mengambil keputusan untuk memantau MCA.Maka Dr Mahathir mengambil tindakan untuk menyokong kepala ikan busuk senyap-senyap kerana dia mudah dijadikan boneka dan bimbang arus reformasi akan melanda MCA.Paling membimbangkan UMNO ialah apabila MCA mempunyai hubungan rapat dengan PAP yang memerintah Singapura.Keghairahan MCA menghantar generasi mudanya belajar di China membuatkan Dr Mahathir berfikir dua kali tentang kejujuran orang kanannya itu.

Namun Dr Mahathir perlu memikirkan dengan lebih teliti parti manakah yang perlu dipantau dan dicantas dulu. Gerakan atau MCA?Ini kerana Gerakan sering sependapat dengan BA dan bercanggah dengan BN dalam isu-isu yang melibatkan hak asasi manusiadan kebebasan bersuara. Paling mengemparkan ialah terdapat beberapa orang ahli gerakan yang menukar kewarganegaraan mereka dan bertanding di dalam pilihanraya Umum di singapura baru-baru ini.

Salah seorang daripada mereka adalah lulusan Ijazah Perancang Bandar dan kesemua yang bertanding telah menang atas tiket PAP. Khabarnya Lee Kuan Yew akan melantik salah seorang daripada mereka sebagai menteri kabinet.

Hubungan dingin di antara Singapura dan Malaysia dan kecenderungan Singapura untuk berbaik-baik dengan kerajaan negeri Pulau Pinang akan mendorong Dr Mahathir untuk mengambil tindakan segera ke atas Gerakan.Isu penempatan kaum melayu di Pulau Pinang yang semakin terpinggir telah membuatkan pemimpin-pemimpin Melayu di sana mula bersuara termasuklah tokoh-tokoh UMNO sendiri.

UMNO akan mengunakan pendekatan yang ama seperti kaedah yang digunakannya dahulu iaitu akan menghantar seorang tokoh pemimpin UMNO menjawat jawatan sebagai seorang presiden sementara MCA seperti Tun Ghafar Baba sewaktu MCA mengalami perpecahan dalaman dahulu.Kaedah melemahkan kekuatan rakan-rakan komponen di dalam MCA samalah seperti membawa masuk PPP untuk melemahkan kekuatan MIC. Apakah PBS atau DAP akan dibawa masuk untuk melemahkan MCA dan Gerakan? Sama-samalah kita tunggu dan lihat senario politik yang cukup menarik ini.Terbuktilah bahawa pakatan BN adalah satu pakatan yang rapuh.Ada kepentingan adalah pakatan.Nasib rakyat tolak ketepi. Buktinya harga tol naik. Tambang Bas sekolah naik. Begitu juga dengan kenaikan petrol yang berlaku dua kali dalam jangka masa setahun. Barang-barang dan Perkhidmatan pun sama. Terbaru ada laporan yang mengatakan TENAGA NASIONAL akan menaikkan kadar bayaran bil letrik tahun ini.PETRONAS akan menaikkan harga gas asli. ASTRO juga turut tidak ketinggalan untuk menaikkan harga perkhidmatan langanannya tahun ini.Memang inilah nasib yang akan menimpa rakyat sekiranya menyokong kerajaan BN memerintah negara. Janganlah kephobiaan kita kepada isu Islamic State akan mendorong kita merosakkan diri sendiri. sedar tak sedar dah lebih 10 tahun PAS memerintah Kelantan dan lebih setahun di Terengganu.Alhamdulillah setakat ini nasib mereka yang bukan beragama Islam tetap terbela.Fikir jangan tak fikir.

Seperkara lagi, isu pengasingan pelajar yang dibawa oleh ahli MIC yang juga Presiden Ceupecs, S. Subramaniam adalah langkah kerajaan secara licik untuk mewujudkan sekolah wawasan.Hangpa semua jangan dok ingat sekolah wawasan ni tak jadi. Cuma pelan-pelan ikut jadual dan sedar tak sedar nanti terus ada.Siapa yang rugi akibat politik perkauman yang dimainkan oleh kerajaan BN.

Hakikatnya,Pilihanraya kecil di DUN Indera Kayangan akan mengukur sejauh mana kekuatan MCA dan sekaligus keunggulan martabat kerajaan BN di persada politik tanahair.Krisis dalaman MCA akan lebih menguntungkan BA di Pahang, Perak dan Selangor.InsyaAllah Pilihanraya Umum yang akan datang bakal menyaksikan beberapa negeri lagi jatuh ke tangan BA.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 18 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com