UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Pengundi Melayu di IK Kembali Kepada BN?

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Ada pihak berkata, yang dibimbangi dalam piliuhan raya IK adalah pengundi Melayu, bukan pengundi Cina.

"Kita yakin dapat curi sebahagian pengundi Cina yang dulunya sokong BN. Mereka nampak lebih ramah dan terbuka. Yang penting, mereka bersedia mendengar penerangan kita," kata seorang jurukempen BA.

"Tapi, berbeza dengan sebahagian pengundi Melayu yang langsung tidak mahu memberi peluang kepada kita untuk membuat penjelasan terhadap pelbagai isu yang sengaja ditohmahkan kepada kita," tambahnya.

Dikatakan Shahidan, dibantu bekas MB Selangor, Mat Taib, mencurahkan wang untuk membeli undi di sini, bukan bermula selepas penamaan calon tetapi ketika bekas ADUN MCA masih hidup lagi.

Jika andaian ini benar, ia satu cabaran besar buat PAS dan Keadilan. Selama ini didakwa hampir 70% pengundi Melayu menyokong BA, soalnya apakah selepas segala tekanan dibuat kepada pembangkang, yang mengakibatkan saluran maklumat melalui ceramah umum terputus, maka sebahagian pengundi itu balik semula menyokong BN.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com