UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Peluang Terbaik PAS Tangkis Propaganda Murahan BN

Oleh : WARTAWAN DETIKDAILY

Apa pun keputusan pilihan raya Indera Kayangan, saya lihat banyak kelebihan daripadanya:

1. Masyarakat sekitar termasuk dari Kedah dapat mendengar ceramah umum politik yang mendedahkan begitu banyak isu penyelewengan pemimpin BN secara terbuka selepas begitu lama majlis ceramah pembangkang diharamkan.

2. PAS berpeluang menolak tohmahan dan propaganda jahat BN, terutama yang bertujuan untuk menggambarkan parti Islam itu sebagai ekstrim, ganas, melampau, sama seperti Taleban dan militan. Pengundi Cina di IK dapat kenal langsung dengan keperibadian dan watak sebenar pemimpin tertinggi PAS, misalnya Fadzil Noor, Nik Aziz dan Hadi Awang.

3. Kerjasama antara BA dapat dipertingkatkan demi manfaat bersama. Tabik untuk PRM yang dapat menggerakkan pusat kegiatan mereka di tengah pekan Kangar. Amat rugi sekali bila DAP tidak turun bersama memeriahkan kempen ini.

4. Perlis adalah antara negeri yang menjadi target untuk dikuasai BA, selepas Kedah dan Pahang. Pahang sudah ada kayu ukur dengan pilihan raya Sanggang, Kedah dengan Lunas dan Perlis dengan Indera Kayangan. Keputusannya nanti amat baik sekali untuk melihat semula segala strategi dan jentera pilihan raya.

5. Terbukti BN semakin rakus menggunakan apa saja kemudahan kerajaan dan menabur wang untuk mempertahankan kuasa mereka. Dengan itu BA mesti bersiapsedia menghadapi lebih hebat tekanan dan penguasaan segala jentera kerajaan oleh BN itu.

6. Media memberikan segenap tumpuan dalam pilihan raya ini berbeza dengan pilihan raya kecil sebelumnya. Stesen TV sudah menjadi seperti bilik gerakan BN, akhbar-akhbar pula menyiarkan berita dan maklumat sebelah pihak. Ia patut menyedarkan BA untuk mewujudkan saluran berita yang pantas, dan berwibawa selain Harakah, Berita Keadilan dan Suara PRM. Jangan pinggirkan kelemahan BA untuk menyampaikan maklumat yang cepat dan sahih kepada rakyat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com