UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Bukti UMNO yang ekstrim

Oleh : UTUSAN DARI PULAU TAWAR

Tindakan UMNO menghantar anggota polis untuk menghalang mesyuarat Dong Zong telah membuka topeng sebenar di wajahnya.Jelas tanpa berselindung UMNOlah yang sering mengamalkan politik perkauman dan agama untuk kepentingan dirinya.

Ketika ini UMNO ghairah untuk menghentam PAS sebagai ekstrim dan cuba mendirikan kerajaan ala Taliban di Malaysia sedangkan UMNO lupa Pemuda UMNO pernah cuba memanjat bangunan Suqiu sebagai membuktikan kemelayuan mereka menentang permintaan Suqiu yang mereka rasakan cukup melampau.

Apakah dengan memanjat bangunan membuktikan kita lebih melayu daripada orang lain?rasanya ramai yang reti memanjat di dunia ini. Spesis beruk apa kurangnya.

Bukan itu sahaja, malah isu Memalipun sanggup disiarkan di kaca TV sekaligus menampakkan betapa terdesaknya UMNO untuk menang di DUN Indera Kayangan.

Semalam, UMNO telah menghantar pasukan polis untuk menghalang mesyuarat Dong Zong.Tujuan mesyuarat ini diadakan ialah untuk membantah tindakan kerajaan untuk mewujudkan sekolah wawasan di Subang Jaya.Hanya akhbar The Sun sahaja yang berani menyiarkan berita ini.

Sehingga kini beberapa orang UMNO termasuklah anak sedara Shahidan Kassim telah ditahan polis kerana menggunakan kekerasan dan memukul orang ketika berkempen.

Rakyat perlu sedar dan berani untuk membuat perubahan.Kerajaan sekarang bukan sahaja bermasalah tetapi korup dan pilih kasih.Pemberian biasiswa boleh dijadikan bukti.Rata-rata warga Malaysia yang celik politik sedar penyelewengan yang cuba dilakukan oleh kerajaan.apakah pengundi di Indera Kayangan celik politik? sama-samalah kita tunggu dan lihat.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 19 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com