UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Keadilan Mesti Kuatkan Jentera Dalaman!

Oleh : BAHARUDIN MOHD NOOR

Bagi saya, kekalahan calon Keadilan di Indera Kayangan memang disebabkan banyak faktor.

Tapi saya berminat dengan satu perkara, iaitu kini pembangkang sudah hilang sengatnya, tiada lagi isu-isu besar mengenai penyelewengan kerajaan dan paling penting mereka lebih banyak bertahan.

Sepatutnya pembangkang terus menyerang dan menyerang. Jangan hanya bertahan mempertahankan serangan dan fitnah Mahathir. Bingkaslah bangun wahai pemimpin pembangkang dari khayalan masing-masing.

Silap haribulan, Terengganu pun boleh tumbang kepada BN dalam pilihan raya akan datang jika keadaan sekarang berterusan. Jangan menjadi leka. Banyak sudah yang dilakukan oleh Umno untuk memulihkan imej buruk mereka. Kalaupun tidak semua berjaya, tentu ada perkara yang dapat dilakukan dengan baik.

Keadilan pula mesti tumpukan usaha untuk memperbaiki jentera dalaman parti. Susun organisasi dengan lebih kemas, tubuh cawangan lebih banyak. Jangan gah dengan semangat yang hampir pudar ini saja. Tanpa kemantapan organisasi, Keadilan mungkin lebih awal hilang berbanding Semangat 46 dulu.

Kejadian keluar parti mesti diberikan perhatian istimewa. Proses perkaderan tidak boleh ditangguhkan. Apa pun saya serahkan kebijaksanan Kak Wan untuk menangani isu kronik ini.

Manakala PAS pula lebih kepada masalah imej. Lagi pun isu pembalakan di Terengganu harus diambil iktibar. Jangan buat silap lagi!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com