UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Seruan Dr Yusuf Al Qardhawi kepada Arafat LETAK JAWATAN DAN TURUN BERJIHAD

Oleh : SALMAN AL MUNZIRI

Ulama' terkenal yang berasal dari Mesir dan menetap di Qatar, As-Syeikh Dr Yusuf Al Qardhawi meminta pemimpin Palestin supaya menghentikan tarian mengikut rentak Israel dan kembali ke medan perjuangan sebenar bersama umat Islam.

Qardhawi berkata, Arafat perlu meletakkan jawatannya sebagai Presiden Palestin kerana jawatan tersebut seolah-olah telah menghalang beliau daripada berjihad menentang Yahudi.

"Kerusi kepimpinannya sudah tidak berharga lagi, beliau perlu turun bersama rakyat walaupun dengan memikul dahan zaitun dan mengangkat senjata menentang penindasan Yahudi serta mengisytiharkan jhad seperti mana yang pernah dilalui di zaman mudanya."

Sejak kebelakangan ini, Arafat dilihat terlalu mengikut kehendak Israel dengan menahan pemuda-pemuda Palestin yang dianggap sebagai pelampau, sedangkan beliau sendiri ditekan hebat oleh rejim Zionis itu.

Menurut Qardhawi, Arafat perlu melupakan usaha damai yang dilakukannya kerana perjanjian damai dengan Israel hanya akan menjadikan bangsa Arab tunduk dan patuh kepada negara haram itu.

Demikian disiarkan menerusi Al Jazeerah TV yang berpengkalan di Qatar.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 25 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com