UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




PAS Harus Bertindak Segera Kenalpasti Benarkah Pengundi Melayu Sudah Kembali Sokong Umno?

Oleh : PEMBACA SETIA DETIK

Walaupun dikatakan calon Keadilan mendapat sokongan pengundi Cina yang lebih berbanding 1999, tetapi ia tidak bermakna pihak pembangkang patut merasa lega dengan hal ini.

Ia kerana keputusan itu menggambarkan pengundi Melayu yang dulunya merupakan penyokong kuat BA sudah beralih arah. Perkembangan ini cukup berbahaya khususnya untuk PAS kerana kekuatannya pada 1999 adalah di kawasan majoriti Melayu.

Jika benar sebahagian pengundi Melayu kembali menyokong Umno, ia alamat yang cukup buruk buat PAS. Manakala sokongan pengundi Cina dalam pilihanb raya kecil tidak boleh diambil kira sangat kerana mereka lebih faham tentang perlunya pembangkang yang kuat dalam DUN. Jika dalam pilihan raya umum, pengundi Tionghua akan lebih berhati-hati untuk memberi undi kepada pembangkang kerana mereka tidak mahu kerajaan yang ada bertukar.

Oleh itu, walaupun yang bertanding di Indera Kayangan bukannya PAS, tetapi PAS harus mengambil insiatif awal untuk melihat kemungkinan pengundi Melayu kembali kepada Umno dengan melakukan satu tindakan segera bagi mengenal pasti apa sebenarnya yang melanda politik negara hari ini.

Sementara PAS bertapak kukuh dalam kawasan majoriti Melayu, Keadilan pula harus membina pengaruh dalam kawasan campuran. Tapi jika benar pengundi Melayu mula memikirkan untuk kembali menyokong Umno, PAS tidak harus menunggu lama untuk melakukan satu lagi eksperimen politik sebelum terlambat.

Benar seperti setengah pandangan, jangan menunggu menjawab serangan Mahathir dan BN, tetapi kembalilah menyerang dengan menggunakan pelbagai isu yang ada.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com