UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




KDN Lebih Baik Tarik Balik Kes Kalau Tidak Bersedia Untuk Membicarakan Kes Akhbar Haraki

Oleh : PEMBERITA CABUK

Punyalah kami tunggu begitu lama, kes menjual akhbar Haraki sudah hampir dua tahun, tapi masih belum selesai dibicarakan. Pagi semalam, kami harap dapatlah mahkamah membicarakan kes ini sehingga selesai kerana semua saksi-saksi bagi pihak Kementerian Dalam Negeri sudah datang.

Zabidi Morad didakwa kerana memiliki dan menjual surat khabar Haraki, satu penerbitan tidak berkala yang pertama dikeluarkan oleh Lutfi Othman, selepas majalah pro-reformasi Detik diharamkan.

Tapi, kes ini sudah tertangguh banyak kali, dan perbicaraan hanya di peringkat mukadimah saja. Pihak pendakwa pada peringkat awal terpaksa meminda pertuduhan dan bukan itu saja sehingga semalam sudah tiga orang pendakwaraya bertukar.

Pertama pendakwaraya berbangsa Tionghua, kedua orang Asli dan ketiga orang Melayu. Lebih menarik lagi bila majistret mahu memulakan perbicaraan, Timbalan pendakwaraya yang mewakili KDN minta ditangguhkan kes kerana mereka tidak bersedia. Ambooi, kalau nak tangkap sedia saja, tapi bila nak dibicvarakan ada saja helahnya.

Majistret kemudiannya bertanya kepada Peguambela Penerbitan Penerbitan, dan Hanipa Maidin dengan tegas berkata, pihaknya bersedia. Ini kerana kali terakhir kes ini dibicarakan ialah lima bulan lepas. Takkan dalam masa itu KDN tidak membuat persiapan.

Majistret memberikan masa satu jam untuk pendakwaraya membuat persiapan, tapi pihak KDN berkata, masa itu tidak mencukupi. Lalu ditetapkan tarikh hujung Februari depan untuk dibicarakan.

Isu pokok semasa ia ditangguhkan dulu, ialah apakah memang benar ada lampiran pihak KDN berwarna hijau, yang disertakan semasa seseorang itu memohon permit penerbitan, yang menyatakan hanya bahan yang diterbitkan secara bersiri saja yang dikenakan permit.

Ini kerana Haraki diterbitkan atas keyakinan bahawa akhbar tidak berkala yang hanya diterbitkan sekali sahaja itu tidak memerlukan permit. hanya akhbar yang dikeluarkan lebih sekali memerlukan permit penerbitan.

Apa pun kasihan tengok KDN yang bertungkuslumus nak memenangkan kes yang cukup lemah itu. Yalah, kalau tak ada kes tariklah balik, apa nak dimalukan!






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 26 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com