UMNO Perompak Wang Rakyat
UMNO Perompak Wang Rakyat
     Klik untuk balik ke Laman Tranung Kite AMERIKA,
BRITAIN & YAHUDI
'SYAITAN DUNIA'!




Antara pengorbanan dan cari makan?

Oleh : Penyiasat fail-fail X

"Saya kalau nak kira pasal kecik hati dengan manusia, dah lama dah saya masuk Umno," kata seorang aktivis Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang juga anak seorang pemimpin terkemuka PAS yang aktif pada tahun-tahun 70an. "Tapi sebab kita bekerja ni kerana Allah, kerana nak menegakkan hukum Islam, saya tahan ajelah semua ni," sambung beliau.

Menurut aktivis PAS ini, banyak yang telah beliau lalui sejak terlibat dengan politik kepartian. Jelas beliau, perselisihan sesama manusia memang tidak akan dapat diatasi sampai bila-bila. Walaubagaimanapun, beliau menerima cabaran ini dengan hati yang terbuka dan bergantung sepenuhnya kepada bantuan dari Allah.

"Pernah dalam satu pilihanraya, saya dilucutkan dari jawatan tinggi dalam DUN kerana ada yang bimbang saya akan naik," tambah beliau lagi. Kata beliau, ramai tokoh PAS yang mempunyai sikap yang agak mengecewakan seperti ego, sombong dan hanya tahu memerintah. Ini sangat membimbangkan kerana mampu menjejaskan keyakinan dan semangat pekerja parti yang ikhlas.

Menurut beliau, "Ada yang cuti kerja, pakai duit sendiri, pinjamkan komputer dan macam-macam lagi. Tapi bila tengok perangai "datuk-datuk dan datin-datin" macam tu, lemah semangat." Beliau menjelaskan, ini mungkin disebabkan kerana sudah terlalu selesa berada di atas.

Seorang aktivis di Kuala Lumpur turut merasakan perkara yang sama. Lepasan sebuah universiti tempatan ini menjelaskan, "Sikap ego ni memang di kampus lagi kita dah boleh nampak. Jamaah dekat kampus pun ada kelas-kelas jugak. Sebagai contoh, bila dah jadi pimpinan, tak boleh lagi duduk bawah orang. Mesti pegang jawatan pengarah program aje. Baik tak ada jawatan langsung dari duduk bawah orang."

Sambung beliau lagi, "Ana ingat lagi ada sorang pimpinan complain dia kata orang yang dah pegang jawatan kat MPP (majlis perwakilan pelajar) atau pertubuhan lain macam Gamis (Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung) terasa macam besar sangat, dah tak nak ikut cakap pimpinan."

Menurut beliau lagi, ramai yang apabila telah mencapai taraf pemimpin, sukar untuk meminta nasihat dari ahli biasa. "Yang ada buat think-tank dengan agenda nak menawan dunia dan entah apa-apa lagi, tapi tak ke mana pun ," keluh beliau. "Masing-masing terlalu idealistik kadang-kadang macam tak berpijak di bumi yang nyata (tak realistik). Pendapat dan pandangan seperti syok sendiri," tambahnya lagi.

"Lagi satu, PAS ni macam tak bijak manage orang betul-betul. Siapa yang berniat suci nak berjihad, nak bekerja dengan PAS tu dialu-alukan, tapi fikir-fikirlah dulu masak-masak," kata seorang lagi aktivis PAS Kuala Lumpur. Beliau mendakwa, ramai pekerja dibebankan dengan kerja-kerja yang tidak sepatutnya mereka lakukan, sedangkan mereka mempunyai tugas spesifik yang perlu diberi tumpuan.

"Nama aje jawatan pegawai itu ini, tapi sebenarnya jadi ofis boy, tukang tulis surat, telefonis, kena tuliskan, itu ini untuk pimpinan, malah kena jadi driver pimpinan ke hulu ke hilir, memang tak ubah macam peon pejabat tak berlesen," katanya. Tambah beliau lagi, "Pimpinan pun satu, ingat orang tu personal assistant dia ke? Suruh tuliskan surat, tuliskan speech, tulis memorandum, sampaikan handbill ceramah pun si pegawai kena hantar ke masjid-masjid, tak ada ISO langsung!." Sebab itu pejabat pentadbiran parti lesu dan suram. Tidak efisyen dan profesional kerana pekerja dibebankan dengan tugas-tugas yang tidak berkaitan. Akhirnya hilang motivasi bekerja.

"Seperkara lagi, hendak disebut ibarat ditelan mati mak diluah mati bapak. Bab ini bukanlah isu utama tapi tak cakap tak kena nak cakap pun tak kena juga. Semuanya jadi serba salah. Ganjaran material," katanya lagi. Tambah beliau, "Memanglah tak seberapa kadang-kadang tu macam tak masuk akal jumlah yang diberikan, selalu lambat pulak tu. Kalau yang berkhidmat di kawasan kampung masih boleh tahan tetapi bagaimana yang hidup di bandar besar? Para pimpinan fikir-fikirkanlah ganjaran yang bersesuian dengan sumbangan yang telah mereka cagarkan kepada jemaah. Orang kata tu berpada-pada lah."

Ramai ahli berpendapat sumbangan berharga dalam usaha menggerakkan sebuah jamaah Islam yang menuntut segala genap sudut pengorbanan perlu dihargai. Kata seorang aktivis PAS dari Selangor, "Sebagai manusia yang memiliki hati dan perasaan bukan sekalung penghargaan dipinta tetapi berilah setitis perhatian kepada mereka yang rela berkhidmat sepenuh masa dengan parti. Perlu ingat, kebatilan yang bersistem akan mengatasi kebenaran yang tidak tersusun!"

Aktivis PAS Kuala Lumpur itu menjelaskan, ini mungkin antara sebab pentadbiran PAS tidak mampu untuk berubah. Kata beliau, sikap tidak teratur ini sangat menjejaskan parti. PAS katanya perlu ada mereka yang menjalankan tugas pentadbiran sepenuhnya dan tidak terlibat dengan kerja-kerja lain, dan ini pelu difahami semua.

"Tengok Ustaz Nasa (Nasharuddin Mat Isa, setiausaha agung PAS) sebagai contoh, jadi setiausaha parti, jadi jugak ahli parlimen, kena pergi ceramah semua, banyak sangat kerja tu," jelasnya.

Beliau menjelaskan PAS memerlukan satu penyusunan semula sebagai persediaan untuk memerintah, kerana memerintah negara memerlukan lebih dari sekadar aktivisme politik. "Patut kena beza sikit yang jadi pentadbir dengan aktivis politik, ini tidak semua nak jadi aktivis. Maklumlah, duduk kat ofis tak glamor," katanya.






        
Ke atas    Balik Menu Utama    Tarikh artikal diterbitkan : 28 Januari 2002

Diterbitkan oleh : Lajnah Penerangan dan Dakwah DPP Kawasan Dungun, Terengganu
Laman Web : http://clik.to/tranung dan Email : tranung2000@yahoo.com